Resepi Onde-onde atau Buah Melaka

Kasih Juju
Resepi Onde-onde atau Buah Melaka

Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1/2 cawan air perahan daun pandan - 2 helai daun pandan + air = kisar
1 ketul gula melaka/kampung - dipotong dadu kecil
1/2 cawan kelapa parut putih
Secubit garam

Cara:
1. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas. Tuangkan air perahan daun pandan dan uli sehingga menjadi doh. Ketepikan sebentar.
2. Ambil sedikit doh dan masukkan gula melaka yang dipotong dadu kecil tadi kedalamnya dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis.
3. Masukkan air dalam periuk dan didihkan. Apabila air sudah betul-betul mendidih baru masukkan semua bebola buah melaka tadi. Biarkan sehingga ia menimbul dipermukaan air baru angkat.
4. Kelapa parut putih digaulkan dengan secubit garam.
5. Gaulkan buah melaka dengan kelapa parut dan hidangkan.

Nota:
1. Kuih buah melaka anda akan pecah air gula jika bancuhan doh terlalu lembik. Sukatan air diatas sudah mencukupi dan jika perlu hanya tambah sedikit sahaja air jangan terlebih.
2. Perahan air daun pandan menyedapkan lagi buah melaka.
3. Potongan gula yang terlalu besar juga menyumbang kepada buah melaka pecah ketika dimasak.