Kisah Bercuti ke Langkawi Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diisytihar (Part 1)

Kasih Juju
Hai semua,
Juju nak simpan dekat sini kenangan masa bercuti ke Langkawi haritu. Kalau korang nak tau, sebenarnya Juju dah plan bercuti ni lama dah. Dan plan asalnya Juju nak ke Hat Yai. Masa buat plan nak bercuti tu virus Covid-19 ni belum merebak masuk Malaysia lagi. Cuma banyak kes Influenza je masa tu. Tapi bila dah makin dekat tarikh nak bercuti tu makin menakutkan pulak kes virus ni. 

Jadi Juju plan ke Langkawi je. Sebabnya plan bercuti ni bukan Juju dengan Firash je. Tapi Juju bawa orang kampung sekali. Jadi dalam bas tu ada warga emas dan jugak budak-budak. Sewa bas. Kebetulan memang pakcik Juju pemandu bas persiaran. Jadi Juju pun gunalah kesempatan ni. Meriah bercuti dengan sedara mara. 

Mujur jugalah masa tu Juju belum booking bilik di Hat Yai. Kalau tak banyak juga kos yang terpaksa rela dihanguskan. Cuma dah bayar duit booking bas je. Bila tanya semua ahli jemaah, diorang masih nak teruskan plan bercuti ni. Makanya, Juju pun tukar haluan bas. Jenuh juga nak fikir sebab permit bas dah keluar. Route pulak tak boleh tukar. Jadi kami sepakat ke Langkawi. Ah tak kisahlah. yang penting dapat bawa Firash jalan jauh naik bas.

Selesa sangat kat tempat sendiri

Suasana dalam bas memang meriah teruklah. Budak-budak je dah suku bas. Firash kemain selesa lagi dekat tempat dia. Bas ni boleh masuk 31 oang je. Walaupun seat sikit, tapi seat dia besar. Jadi ruang untuk berjalan tu memang agak terhad.

Jadi kami bergerak ke utara pada jam 6.00 petang. Nak singgah Melaka ambil Pak Lang and family. Tak dapat nak tunggu dekat highway sebab tak da orang yang nak hantarkan. Nasib baiklah bapak sedara kan. Kalau tak mana maunya drebar nak keluar tol tu hah.

Baca sini: IKEA Damansara

Kami sampai dekat Masjid Alor Setar dalam pukul 5 lebih pagi. Baru nak azan Subuh kot masa tu. Sempat jugalah mandi dan segarkan diri. Dapat juga diorang berjemaah dengan orang Alor Setar. Juju jaga bas hokeh. Bala tentera ramai nak kena jaga. Kikikiki.

Masjid Alor Star

Barisan askar yang memerlukan pemantauan

Lepas solat kami bersarapan di kawasan yang berhampiran dengan masjid tu. Tapi Juju lupa sangat nama tempat tu. Ada jual roti canai, nasi lemak, mihun semualah. Dan lepas sarapan kami terus bergerak ke Pekan Rabu. Amboi... Kemain lagi melencongkan. Hehe, sementara nak tunggu waktu naik feri, kami bersiar-siar dulu di Pekan Rabu. Sembat juga bergambar dekat menara Alor Star. Dan selepas tu barulah kami bergerak ke Terminal Feri Kuala Perlis. 
Depan Pekan Rabu

Menara Alor Star 

Panas oi

Agak lama jugalah Juju tak naik feri dekat Kuala perlis ni. Tak sangka dah ada perubahan. Ada satu bangunan khas untuk beli tiket feri. Dah tak payah nak kumpul ramai-ramai dekat depan pintu masuk terminal tu. Dekat bangunan baru tu pun nak menunggu pun selesa. Kedai makan pun banyak.Sempat jugalah ahli rombongan ni mentekedarah dulu. Karang mabuk dalam feri hakak tak tau ye. Hehe.

Ferry terminal fashion of the year.. Kemain si Firash yek. Tak menahan nak pakai jugak earphone tu.

Kedai yang ada di terminal

Okaylah, Juju stop sampai sini dulu. Lepas ni Juju share kisah di Pulau Langkawi pulak ye.

Tags