UPDATE: Dookki R&F Mall telah berpindah ke TOPPEN
DOOKKI - Korean Topokki Buffet, R&F Mall Johor Bahru l Juju yakin dan pasti bagi korang yang peminat cerita Korea mesti dah biasa dengan makanan kek beras ataupun topokki yang selalu diorang makan dalam cerita-cerita Korea yang korang tengok tu. Dalam Running Man pun selalu juga ada perlumbaan yang menghidangkan topokki ni. Bila tengok diorang makan tu Juju pun jadi sama terliur nak mencuba. Agaknya macam manalah rasa dia yek?
Dookki @R&F Mall, Johor Bahru |
Dalam pada tertanya-tanya tu, Juju dapat pula jemputan untuk mencuba sendiri Korean Topokki Buffet di Dookki yang terletak di R&F Mall, Johor Bahru. Terdetik juga dalam hati, topokki ni kan snek, kenyang ke kalau lunch makan topokki je? Okeh jom kita cuba.
Dookki membawa makna 2 hidangan. Hidangan pertama adalah Topokki Hotpot dan hidangan kedua adalah Kimchi Fried Rice. Hmmm... Menarik. Jom tengok apa yang ada dalam buffet yang dihidangkan ni.
Makan dalam masa 90 minit |
Sebelum Juju cerita lebih lanjut, Juju nak cerita dulu pasal mangkuk dan pan yang ada atas meja Juju ni. Setiap satu ada kegunaan dia tau. Korang jangan silap pula nanti.
Untuk step pertama, kita akan tuangkan sup base ke dalam mangkuk hotpot. Sup ni rasa dia plain je. Jadi kita akan mix dengan pilihan sos yang boleh korang pilih mengikut tahap kepedasan yang korang nak. Pada mulanya Juju memang tak reti nak mix sos-sos yang ada dekat depan Juju tu, tapi staf kat situ cepat-cepat datang dan bantu.
Soup base |
Masukkan sos |
Untuk pilihan sos, korang boleh pilih dari;
- Non spicy
- Mild spicy
- Medium spicy
- Extra spicy
- Super spicy
Cara-cara untuk mix sos |
Juju memang tak reti nak mix sos tu. Terkulat-kulat tengok resepi. Haha, nasib baik staf kat situ tolong mix kan sos. |
Disebabkan Juju nak drive balik rumah jauh, Juju tak berani nak cuba yang super spicy tu. Jadi Juju pilih mild spicy jer. Barulah nikmat makan nanti. Kalau tak ada yang dok ngulang amik air je. Walaupun air dia free flow, tapi taknaklah nanti perut penuh dengan air. Topokki banyak lagi ni nak rasa. Hehe.
Lepas kita masukkan sos dalam kuah sup tadi, masanya untuk ambil topokki dan side dish yang lain pulak. Apa yang menarik di Dookki ni adalah dia menyajikan 6 jenis topokki yang boleh korang cuba.
Pelbagai jenis topokki |
Variasi topokkinya adalah;
- Corn topokki
- Sweet potato topokki
- Cheese topokki
- Long topokki
- Plain topokki
- Shape topokki
Lepas tu kita pilih side dish pulak. Ada pelbagai varian sayur, ayam, daging dan makanan laut. Pilih je mana-mana yang korang suka. Yang penting kena makan sampai habis. Kalau tak habis nanti korang kena bayar RM20.00. Hah! Tak baik membazir. Ambil setakat yang perlu sahaja.
Sayur |
Daging |
Ayam dan seafood |
Pilihan mi |
Ada yang didatangkan terus dari Korea |
Lebur je semua dalam pot |
Yang ni add on cheese ring. Kalau makan berdua sesuailah. Kalau sensorang takut tak habis nanti. |
Tapi percayalah Juju cakap, memang kenyang weh. Ni baru makan 1st meal. Belum masuk meal yang kedua pulak. Untuk meak yang kedua, nasi goreng kimchi. Kita akan guna sos yang tak habis dalam hotpot yang kita makan tadi tu. Cuma tambahkan sikit sesame oil, jagung, seaweed, kimchi dan ayam.
Bahan untuk buat kimchi fried rice |
Lepas tu masukkan je dalam pot yang ada kuah tu. Untuk masak nasi ni, pekerja dekat situ yang akan buatkan. Dia akan gaul semua bahan-bahan tu sampai rata dan ditabur cheese dekat atas dia. Fuh, memang melting tengok cheese tu cair atas nasi yang tengah panas. Kena makan cepat-cepat sebelum nasi tu sejuk.
Snow cheese kimchi fried rice |
Suasana dalam restoran |
Ruang makan yang luas dan selesa |
Free flow water station |
Zon snek. Free flow juga. |
Fish cake. |
Dookki main entrance |
Lunch Promotion
Isnin - Khamis (11.30am - 4.30pm)
RM29.80
Student: RM27.80 (Bawa sekali student pass korang ya)
DOOKKI R&F Mall Johor Bahru
Lot 1-117& 1-118, 1, Jalan Tanjung Puteri,
80300 Johor Bahru, Johor
Facebook: Dookki Malaysia
Instagram: mydookki