Menginap di JO Hotel dengan Blogger Johor

Kasih Juju

Masa Sis Lin bagitau ada hotel review dekat JO Hotel aritu, Juju terpinga-pinga. Kenapa macam tak pernah dengar pun nama hotel ni. Rupa-rupanya JO Hotel dah ambil alih hotel ni. Nama lama tempat ni adalah Tropical Inn. Masa awal-awal pindah Johor dulu 2 kali juga Juju kursus dekat sini. Tapi tak pernah stay pun dekat hotel ni. Bila dah bertukar pengurusan ni barulah Juju dapat rasa menginap di JO Hotel, Johor Bahru.

Juju bersama dengan 7 lagi JDT Blogger iaitu Siti Rohaida, Sis Lin, Ajan, Suzlin, Sunah, Suzie dan Nona telah diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman tidur dekat sini. Aktiviti pertama kami dibawa ronda-ronda untuk melihat bilik-bilik yang ada di sini.

Ada 6 jenis bilik yang disediakan disini iaitu;

  1. Superior twin - Bermula dari RM100.00
  2. Superior queen - Bermula dari RM100.00
  3. Deluxe twin - Bermula dari RM120.00
  4. Deluxe queen - Bermula dari RM120.00
  5. Deluxe triple - Bermula dari RM140.00
  6. Family - Bermula dari RM220.00
Jadi, sebelum memilih untuk ambil bilik yang mana, korang bolehlah tengok-tengok dulu bilik yang betul-betul sesuai dengan bajet dan keperluan korang. Mungkin ada yang nak work from hotel, ada yang nak transit je atau ada yang datang atas sebab kerja ke kan. 





Kalau korang rasa nak work from hotel, Juju boleh suggest korang cuba hotel ini. Wifi dia laju tau. Juju layan Youtube tak tersekat-sekat pun. Memang cemerlanglah. Malam tu sempat jugalah kami meng'operate' blog bagi lagi mantap. Wifi tengah laju. Inilah masanya.

JO Hotel, Johor Bahru
Lepas kami habis makan di Bibik's Kitchen, kami pun bergerak ke kaunter untuk urusan check in. Juju sebilik dengan Kak Eda dan Suzie. Urusan check in pun mudah je. Oh ya, untuk kereta, korang boleh parking depan hotel ataupun di kawasan basement. Disebabkan masa sampai tu ada parking kosong depan hotel, jadi Juju pun park ajelah situ. Hehe.

Okeh jom kita check in

Okeh jom kita tengok bilik pulak. Kami dapat bilik deluxe triple since kami bertiga kan. Ini pun dah cukup luas dah untuk kami bertiga.

Juju suka dengan warna latar belakang di setiap bilik yang ada di sini. Warna hijau turqoise kalau tak silap Juju. Rupa-rupanya itu memang warna rasmi untuk hotel ni. Nice teruk. Juju siap berangan nak cat bilik warna yang sama dengan hotel ni. Bolehlah feeling-feeling hotel nanti. Muehehehe.

Cantikkan warna tema hotel ni

Petang tu sempat jugalah si Suzlin, Nona dan Ajan ke City Square. Nak cari barang katanya. Kalau korang nak tau, Dari JO Hotel nak ke CS tu dekat je. Jalan kaki je. Tak perlulah nak pening-pening cari parking ke atau book GRAB ke. Jalan kaki sudah.

Malamnya pula kami dah rancang untuk buat Kelawor Party. Pada awalnya Juju kata nak buat Pijama's Party, lepas tu Kak Hernee menyampuk nak buat parti pakai baju kelawar. Lepas tu bila semua dah setuju Kak Hernee pulak last minute tak dapat datang. Ada masalah kesihatan. Alhamdulillah, dah sihat dah pun.


Untuk Kelawor Party ni kami decide nak buat dekat bilik Sis Lin sebab dia dapat bilik family room. Untuk family room ni dia ada 2 kalil queen. Ruang dalam bilik pun sangat luas tau. Kalau nak tambah extra bed pun masih lagi luas. Ada ruang dekat living room. Sebab tu kami decide untuk buat parti dekat sini.

Family room je yang ada bath tub tau. Bilik yang lain takde.

Parti kelawar ni pun hanyalah makan-makan dan tukar-tukar hadiah je. Bukan parti liar okeh. Lebih kepada sesi sembang-sembang, cerita pasal blog. Tambah ilmu blog. Maklumlah, bukan selalu dapat jumpa dengan kesayangan Juju semua ni. Bila dah ada peluang ni memang kami gunakan sebaiknyalah.

Tadaaaa... Semua pakai baju kelawar. Hehe.. Sporting semuanya

Agenda tukar-tukar hadiah. Juju dapat Suzie punya hadiah. Suzlin dapat Juju punya.

KFC time.

Untuk sarapan, disebabkan kita masih lagi berdepan dengan wabak COVID19 ni, jadi pilihan sarapan yang ada hanyalah secara ala carte. Cuma RM10.00 je. So boleh pilih nak makan nasi lemak, soto atau nasi impit kuah lodeh. 

Nasi lemak telur

Soto with bergedil

Hot tea with hot coffee

Nasi impit kuah lodeh

Limikotea

Untuk maklumat lanjut, boleh ke:
Alamat: No. 15, Jalan Geraja, 80100, Johor Bahru, Johor, Malaysia.
No. Telefon: +607 288 8688