Buffet Ramadhan 2023 Nostalgia di Bazaar di Trove Hotel Johor Bahru

Kasih Juju
Buffet Ramadhan 2023 Nostalgia di Bazaar di Trove Hotel Johor Bahru

Korang tau tak? Buffet Ramadhan Trove Hotel tahun ni menampilkan tema "Nostalgia di Bazaar". Sebabnya ada 1 stall yang dibina khas untuk mengenang kembali jajan-jajan atau makanan ringan masa kita kanak-kanak dulu. Kita? Haha, mungkin ada yang masih muda, tapi jajan-jajan tu memang sangat nostalgia okeh.

Barisan juadah yang dtampilakn oleh Chef Mohd Firdaus bin Mat Yusof pun tak kurang hebatnya. Masa Juju keluar dari lift je hidung Juju ni laju je menangkap bau bakar-bakar yang penuh berempah. Rupa-rupanya bau tu datang dari Kambing carcass. Fuh, nampak je kambing tu posing atas meja rasa tak sabar pula Juju nak cuba. Datang sekali dengan nasi arab kabsah tau. Jangan lupa cedok sekali nasi tu. Sedap.

Buffet Ramadhan 2023 Nostalgia di Bazaar di Trove Hotel Johor Bahru

Di bahagian bakar-bakar ni ada juga kepak ayam madu, pelbagai menu makanan laut bakar, otak-otak, pepes pun ada. Pilihan sambal pencicah pun ada banyak. Yang menariknya dekat sini, korang wajib cuba sup tulang merah. Mangkuk besar tau dia bagi. Juju ingat tak habis tau sebab Juju datang dengan suami. Rupanya tak cukup. Sedap betul menghirup, lepas tu cicah dengan roti perancis pun sedap ui.


Dekat bahagian kawah pulak ada daging salai masak lemak cili api dan gulai kawah kambing. Ada juga stall celup-celup tepung yang macam dekat Terengganu tu. ICT nama singkatannya. Ikan Celup Tepung. Nama je ikan, tapi ada jugak sotong, udang dan ketam.

Buffet Ramadhan 2023 Nostalgia di Bazaar di Trove Hotel Johor Bahru

Untuk menu berbuka puasa ni, menu-menu hari raya ni jadi Signature dish tau dekat sini. Antaranya burasak, ketupat, lemang dan ketupat palas yang boleh dimakan dengan serunding daging, serunding ikan ataupun serunding ayam.

Dalam banyak-banyak review buffet Ramadhan yang Juju pergi, dekat Trove je yang ada pelbagai jenis jeruk. Jeruk-jeruk ni diorang buat sendiri tau. Antaranya jeruk mangga, jeruk betik, jeruk cermai, kedondong, jambu, buah pala eh semua lah ada. 

Paling yang Juju nak rekemen kat korang kena makan Laksa Johor dan Nasi Kerabu. Memang surrrrrr. Laksa Johortu rasa macam nak repeat 2 kali tau. Dia punya condiment pun lengkap semuanya. Kuah dia pulak memang pekat. Memang 1000% recommended lah senang kata.

Buffet Ramadhan 2023 Nostalgia di Bazaar di Trove Hotel Johor Bahru

Kalau cerita pasal pencuci mulut pula memang meriahlah dekat sini. Barisan kuih-muih tradisional dan barat pun meriah dekat sini. Memang rambang mata tengoknya.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan 
👇👇👇
✨Nostalgia Di Bazaar @Trove
🚩Lada & Clove Restaurant, Level 8
📆25 Mac - 18 April 2023

Adult RM160
Child / Senior RM108

📞 Janet 017-8818413
📞Linda 017-8188043
📞Shafiqah 012-8818439
📞Amri 012-8818413
Tags