Buffet Ramadhan 2023 Restoran Star Hadramout Johor Bahru

Kasih Juju
Buffet Ramadhan 2023 Restoran Star Hadramout Johor Bahru

Korang tahu tak tahun lepas, Restoran Star Hadramout Johor Bahru ada buat buffet Ramadhan dan telah mendapat sambutan yang luar biasa. Dan bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, Restoran Star Hadramout menawarkan buffet Ramadhan dengan pelbagai menu masakan dari negara Arab dengan harga yang sangat menarik.

Bila sebut je nasi Arab mesti dalam kepala dah terbayang 3 jenis nasi arab tu kan. Nasi Arab mandy, nasi Arab Kabsah dan nasi Arab maklubah. dipadankan dengan daging kambing yang empuk dan ayam yang penuh berempah memang boleh menggugat keimananlah.

Buffet Ramadhan 2023 Restoran Star Hadramout Johor Bahru Buffet Ramadhan 2023 Restoran Star Hadramout Johor Bahru
Dah nama pun makanan Arab, korang kenalah cuba kebab ataupun shawarma dekat sini. Daging dia memang tak sama macam kebab Malaysia. Rempah dia tu bila dipadankan dengan sos-sos dia memang unik rasa dia. Juju tak reti nak describe sos putih dia tu. Tapi korang memang wajib cuba sendiri.

Buffet Ramadhan 2023 Restoran Star Hadramout Johor Bahru
Dibahagian pencuci mulut pula Juju memang tak sabar nak serbu kunafa tu. Makan panas-panas, dapatlah main cheese tarik-tarik tu. Si Firash suka betul. Barisan baklava pun tak kurang meriahnya. Yang penting semua free flow ya. Boleh makan banyak-banyak. Yang penting dah ambil kena habiskan. Jangan tak habis pula. Membazir nanti.

Dan untuk bulan puasa nanti, korang boleh pilih samada nak berbuka di Restoran yan terletak di Wadi Hana ataupun di perkarangan parkir Puteri Harbour yang lebih luas dan selesa. Ada juga disediakan surau dekat sini. Jadi bolehlah pilih yang mana korang suka.

Boleh juga baca pengalaman Juju makan-makan di Restoran Star Hadramout.

Untuk maklumat dan tempahan 👇👇👇
RAMADHAN BUFFET AT PUTERI HARBOUR & RESTAURANT STAR HADRAMOUT JB

Reservation for ramadhan buffet is now open with a special discount and promotion for the early birds.
For reservation & enquiries, you can WhatsApp us at the following numbers: 
1️⃣ 011-1185 4766 
2️⃣ 011-11519766
‼️ DON'T MISS THE OPPORTUNITY ‼️
🔥🔥🔥BEST ARABIC CUISINE IN TOWN🔥🔥🔥
#ramadhan #ramadhankareem #ramadhan2023 #puasa #johorfoodies #bukapuasa #nasiarab #restoranstarhadramout