Beraya di LEGOLAND Malaysia

Kasih Juju
Macam awal sangat je Juju dan Yash beraya dekat LEGOLAND Malaysia ni yek. Hehehe, dah banyak sangat makan lauk-lauk raya, jadi kita kena bersenam dengan cara membakar lemak di Water Park, Theme Park dan Sealife dekat dalam LEGOLAND ni.

Beraya di LEGOLAND Malaysia

Sebenarnya Juju dapat jemputan untuk memeriahkan suasana Hari Raya dekat sini. Dengan tema Balik Kampung to LEGOLAND Malaysia Resort, pelbagai hiasan berkaitan dengan kampung dan Hari raya yang boleh korang cari dekat sekitar LEGOLAND ni. Juju dengan Yash pun dah tak sabar nak hunting deko raya dekat sini. 

Beraya di LEGOLAND Malaysia Beraya di LEGOLAND Malaysia

Sebelum ke Legoland, Juju dah survey dulu ramalan kaji cuaca untuk hari yang Juju nak pegi tu, mengikut ramalan, petang hujan. Jadinya Juju ajak Yash masuk waterpark dulu. So kalau hujan nanti taklah ralat tak dapat berendam dekat sini. Oh ya, untuk pengetahuan korang, semua aktiviti air dekat waterpark ni ditutup sehinggalah hujan dan kilat reda. 

Makanya berendamlah dak Yash sampai lebih kurang pukul 1 macam tu sampailah hujan turun. Hujan turun lebat betul masa tu. Juju pulak memang dah standby payung. Tapi ada 1 je. Tak muat untuk Juju share dengan Yash, nanti basah pulak segala beg yang kitorang bawak. Lepas Yash dah siap bilas dan tukar baju, Juju belikan poncho yang berharga RM20 dan kami pun redah hujan menuju ke Sealife.

Beraya di LEGOLAND Malaysia Beraya di LEGOLAND Malaysia Beraya di LEGOLAND Malaysia

Takkan nak tunggu hujan reda kan, rasa macam rugi pulak menunggu hujan teduh. Baik kami masuk ke Sealife. Dekat Sealife pun ada banyak deko raya juga. Kalini kami teruja sebabtunnel dah buka. Walauoun tak fully open, tapi kami masih boleh lalu dekat bawah tu. Rupanya tunnel ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan dan tambahan ikan baru.

Habis je explore Sealife, kami bergerak ke Theme Park pulak. Keadaan masa ni masih lagi gerimis ya. Jadi permainan outdoor masih lagi ditutup. Tapi, misi utama Juju masuk sini sebab nak tengok performance dan rasa sendiri pengalaman Balik Kampung di Legoland ni. 
 
Beraya di LEGOLAND Malaysia Beraya di LEGOLAND Malaysia Beraya di LEGOLAND Malaysia

Tengoklah deko raya tu, masuk-masuk je dah jumpa pintu gerbang besar ala-ala kampung. Masuk dalam sikit jumpa ketupat yang besar betul. Dekat laman depan ni pun ada macam-macam aktiviti yang boleh korang cuba. Ada teng teng, congkak, carrom dan boleh buat ketupat Lego. Yash tu memula dia tengok je anak-anak kak Hernee buat, lepas tu dia pun sibuk nak buat juga. Kita layan jelah yek.

Beraya di LEGOLAND Malaysia Beraya di LEGOLAND Malaysia Beraya di LEGOLAND Malaysia

Ada juga persembahan pentas. Tarian dan sketsa berkisarkan Hari Raya. Bila dah petang dalam pukul 3 lebih macam tu dah ada banyak slot persembahan. Jadi korang boleh stay je depan stage. Sesambil tunggu tu ada juga pertandingan chapteh, batik painting, anyam ketupat dan banyak lagi.

Beraya di LEGOLAND Malaysia Beraya di LEGOLAND Malaysia Beraya di LEGOLAND Malaysia

Sempat jugalah kami meronda Theme Park tu. Dekat sini kalau hujan aktiviti outdoor memang tutup. Tapi yang indoor semua masik dibuka. Contohnya 4D theater, bahagian imagination, Ninjago dan Miniland ni semua boleh masuk kalau hari hujan. Jadi taklah bosan. Kalau lapar boleh ke kafe yang berhampiran. 

Si Yash tu memang Juju dah bagi sikit duit raya dia untuk dia berbelanja sesuka hati dekat kedai Legoland ni. Sesekali bagi dia rasa duit sendiri tak salahkan. Hehe.. So korang yang nak beraya di Legoland boleh datang sehingga 21 Mei 2023. Selamat berLegoland ya.


 
Tags