Riang Ria Raya Lunch Buffet di GBW Hotel Johor Bahru

Kasih Juju

Riang Ria Raya Lunch Buffet di GBW Hotel Johor Bahru
l Cuti Hari Pekerja 1 Mei haritu, Juju berpeluang untuk ke GBW Hotel bagi menikmati Riang Ria Raya Lunch Buffet. Wah, seronok betul ya cuti raya pun dapat makan dekat hotel. Gantung kualilah lepas seminggu asyik masak je kan.

Kalau korang perasan, masa bulan puasa pun Juju ada ke GBW Hotel ni untuk berbuka puasa, bila dapat jemputan untuk Raya memang Juju tak lepaskan peluanglah untuk datang lagi. Menu dan masakan dekat sini memang sedap-sedap semuanya. Dari pembuka selera hinggalah ke menu pencuci mulut. 

Antara menu yang disajikan adalah nasi tomato, kuzi kambing, ayam masak merah, udang sweet sour, nasi lemak ayam berempah, sayur goreng jawa, sup kambing berempah, aneka kerabu, pelbagai jenis kuih-muih, cendol durian, ABC dan bubur pun ada. Air pun ada pilihan 3 balang. Kalau nak air panas boleh buat sendiri je dekat mesin yang disediakan.

  

Dak Yash memang dengan kuzi kambing dia tulah. Repeat 2 kali ratah gitu je. Juju makan sup kambing berempah cicah roti. Pun sedap tau. Letak sikit cili kicap. Memang padanan yang mantap.

  

Harga pun memang berpatutanlah. Kalau dah naik kerja nanti kalau nak buat gathering lunch raya bolehlah book dekat sini. Belian 15 pax dan ke atas akan dapat kek setengah kilo dan pentas secara percuma. (Tertakluk kepada terma dan syarat)

 

Riang Ria Raya Lunch Buffet, GBW Hotel Johor Bahru
BELI 7 PERCUMA 1 !!!! BELI 7 PERCUMA 1 !!!!!
Raikan bersama orang tersayang anda bersama kami di GBW Hotel Johor Bahru.
Pelbagai juadah raya untuk disajikan daripada kami untuk anda semua ❤

Promosi buffet lunch : 1 May 2023 - 31 May 2023
Harga : RM43.00bersih - Dewasa
           : RM27.00bersih - Kanak-Kanak (6-12 Tahun)
           : RM38.00bersih - Warga Emas (60 Tahun dan keatas)

Tempahan sebanyak 15pax (Dewasa) dan ke atas akan menerima :-
📍1 x kek 1/2KG
📍 Pentas percuma
*Beli 7 Percuma 1 hanya untuk dewasa sahaja

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi kami :
⭐Mr.Syahmi : 016 710 0048
⭐Ms. Aiza : 016 723 3558
⭐Ms.Urfa : 016 710 0073

Tags