LEGOLAND® Malaysia Resort Memperkenalkan MINILAND Amazing Malaysia

Kasih Juju
Haritu Juju dan Dak Yash teruja sangat ke LEGOLAND bagi menyaksikan sendiri majlis perasmian pembukaan taman MINILAND yang baru. Kalau korang nak tau, MINILAND ni ditutup bagi menambah pelbagai jenis bangunan-bangunan yang ada di seluruh negara.

Miniland

MINILAND

Memang tak sabar kitorang nak explore MINILAND yang baru ni. Ditambah pula sekarang ni dah ada bumbung. Barulah selesa nak bergambar dan meneliti setiap bangunan-bangunan yang ada dekat dalam tu. Kalau sebelum ni memang kawasannya terbuka. Jadi bila panas memang tak dapat nak lama-lama dekat situ. 

Miniland

Dak Yash suka tekan butang yang ade dekat setiap tiang hijau. Bila ditekan akan ada miniature yang bergerak ataupun yang mengeluarkan air. Macam contoh ada kapal besar macam kapal perang. Bila tekan butang tiang hijau dia akan pancutkan air. Konon-konon macam bom. Tapi takkanlah nak masukkan bom kan. Sempat jugalah si Syamil kenakan umminya.

Perasmian MINILAND Amazing Malaysia

Majlis perasmian pada hari tu telah disempurnakan oleh Scott O’Neil, the Chief Executive Officer of Merlin Entertainments. Persembahan pembukaan kami diraikan dengan pukulan gendang tradisi kaun cina dan persembahan tarian lagu Dia Datang.

The Beginning

Seterusnya kami di bawa ke MINILAND bagi menyaksikan gimik pelancaran MINILAND oleh Mr. Scott O'Neil dan CS Lim. Gimik meletakkan pintu gerbang rehal seperti yang terdapat di Kota Bharu, Kelantan. Dan kami juga disajikan dengan persembahan kebudayaan Malaysia.

LEGOLAND® Malaysia Resort Memperkenalkan MINILAND Amazing Malaysia

Bagi menyahut kempen bumi hijau, ada juga gimik menanam pokok bagi memastikan keseimbangan eco sistem bumi. Dengan gimik menanam pokok tu maka berakhirlah perasmian pembukaan taman MINILAND Amazing Malaysia yang baru.

LEGOLAND® Malaysia Resort Memperkenalkan MINILAND Amazing Malaysia

Tapi dah alang-alang kami ke LEGOLAND sempat jugalah kami meronda dalam LEGOLAND. Dak Yash memang seronoklah sebab dia berkawan dengan anak kak Hernee. Mamanya pun melayanlah permintaan anak-anak nak ronda-ronda. Kira macam upah jugalah sebab dah teman mak-mak datang event.

LEGOLAND Theme Park

LEGO NINJAGO World

Tempat pertama kami tuju dah tentulah LEGO Ninjago. Ni merupakan kali ke-3 percubaan kami nak masuk sebab sebelum ni asal kami sampai dekat pintu gerbang dah tak dapat masuk. Under maintanence katanya. Sabar jelah. Tapi kali ketiga ni baru kami dapat masuk. Kemain laju memasing. Nak lepas gian katanya.

The LEGO Movie

Lepas tu kami tengok 4D movie. Memang kebetulan sangat masa sampai dekat sini lagi 5 minit untuk tayangan The LEGO Movie: A New Adventure. Laju-lajulah kami masuk. Selesa betul dekat dalam ni. Sejuk ber'aircond. Seronok juga pengalaman 4D ekat sini. Ada angin yang kuat, titisan air, bahang panas dan titisan air sabun ada. Cuma kerusi je tak bergegar. Kalau bergegar dah masuk kategori 5D yek?

Land of Adventure

LEGOLAND® Malaysia Resort Memperkenalkan MINILAND Amazing Malaysia

Seterusnya kami ke Pharaoh's Revenge. Yash nak cuba main katanya tak pernah main. Juju pulak take turn jaga anak bongsu kak Hernee. Syahid takut katanya tak nak naik. Yash kata seronok jugalah walaupun sekejap. Hehe. Jadilah Yash. Buat raso-raso.

LEGOLAND® Malaysia Resort Memperkenalkan MINILAND Amazing Malaysia

Dekat Land of Adventure ni ada juga Lost Kingdom Adventure. Dekat sini kami naik train dan main tembak-tembak beetle. Juju pun dah macam kanak-kanak riang dah rupanya. Muehehehe.

LEGO Kingdoms

Last sekali kami main roller coaster. Tapi roller coaster ni tak extreme sangat. Dia rendah je. Juju memang surrenderlah sebab risau karang mabuk nak drive balik. Yash pula kena cabar dengan Abang Ilham. Haha, tak sangka berani jugak dak Yash main roller coaster. Tapi lepas tu dia kata ni last. Tak nak main dah. Wahahahaha.

Sementara tunggu diorang siap main roller coaster Juju bawa Syahid main dekat playground. Syahid kecik lagi. Memang tak sesuai nak naik roller coaster. Mujur ada playground, taklah dia bosan sementara tunggu ummi dan abang-abang.

Imagination

LEGOLAND® Malaysia Resort Memperkenalkan MINILAND Amazing Malaysia

Kami naik juga Observation tower ni sebab nak amik sejuk aircond. Sesambil tu dapat juga kami tengok sendiri 5 bumbung baru MINILAND. Memang puas hati nampak semua LEGOLAND bila naik tower ni.

The Cafe @ The Beginning

LEGOLAND® Malaysia Resort Memperkenalkan MINILAND Amazing Malaysia

Kalau korang lapar atau haus sepanjang pengembaraan, ada je cafe-cafe di kawasan sekitar theme park. Disebabkan masa kami tak lama dekat sini, kami pilih untuk makan di mana tempat kami mula. Tapi kecewa juga sebab kami dah terlepas waktu makan. Cafe semua tutup pukul 6. Masa sampai tu memang dah takde makanan disediakan. Jadi kami beli air dan aiskrim je.

Penutup

Kesimpulannya kami tak sempat nak main semua permainan yang ada dekat sini. Tapi selalunya memang tak sempat pun sebab orang ramai. Walaupun kami pergi belum musim cuti sekolah, tapi orang sentiasa ada ya dekat sini. 

Ditambah pula kami memang lambat mulakan pengembaraan. Hehe. Korang kalau plan nak ke sini bolehlah sediakan payung, baju hujan dan kipas kecil. Biar selesa. 

Untuk pembelian tiket: Beli tiket LEGOLAND
Tags