Hai korang, hariru Juju berkesempatan untuk menyaksikan sendiri pelbagai pakej keraian yang disediakan di GBW Hotel, Johor Bahru. Ada pelbagai pakej keraian yang boleh korang pilih mengikut bajet dan keperluan korang. Kalau bercakap bab makanan memang super sedaplah dekat sini. Lagi-lagi kambing masak hitam dia. Kena wajib pilih menu yang ada kambing masak hitam tau.
GBW Hotel, Johor Bahru
GBW Hotel ini dahulunya dikenali sebagai Hotel Grand BlueWave Johor Bahru kini telah menjenamakan semula hotelnya denga berkonsepkan kehidupan mewah dan hiburan adalah intipati pengalaman GBW Hotel.
Terletak di tengah-tengah Johor Bahru, hotel ini mempunyai bilik yang luas, kemudahan moden dan perkhidmatan yang luar biasa. Hotel ini juga mampu memenuhi keperluan tetamu dan memastikan tetamu mereka mempunyai segala yang mereka perlukan untuk keselesaan mereka.
PAKEJ KERAIAN
1/ Pakej Pertunangan atau Pernikahan
- Set Mini Pelamin Mewah (beserta dewan berhawa dingin)
- Pelbagai jenis makanan melayu dan antarabangsa
- Tempat letak kereta berbumbung untuk tetamu
- Set lengkap kerusi dan meja
- Meja hantaran lelaki dan perempuan
- Perkhidmatan pelayan disediakan
- Set meja nikah beserta hiasan
- Dewan makan berhawa dingin
- Aksesori dan dekorasi dewan
- Meja penyambut tetamu
- PA sistem
Harga pula hanya RM4,200.00 untuk minimum 70 orang tetamu. Untuk pilihan makanan pula, ada 3 set menu yang boleh korang pilih.
Klik gambar untuk lebih jelas
2/ Pakej Perkahwinan
Bagi pakej perkahwinan pula, ada 2 pilihan harga untuk korang. Boleh pilih samada RM50 nett / pax atay RM60 nett / pax. Antara yang korang akan dapat adalah:
- Dewan dan ruang makan
- Pentas pelamin (16x16)
- Meja tetamu (termasuk sarung kerusi & meja)
- PA sistem
- Meja VIP x 2 (20 orang)
- Meja buffet, meja kek, meja hadiah
- Sajian set istimewa untuk makan beradap
- Dekorasi bunga pintu gerbang
- Pilihan karpet laluan masuk
- 6 gubahan bunga sepanjang laluan masuk ke pelamin
- Pramusaji disediakan sepanjang majlis
Tambahan istimewa
- Penggunaan bilik (day use) untuk pre-wed photoshoot & penggunaan sekitar kawasa hotel
- Pemberian kek buah atau 3 keping coklat kepada setian tetamu & door gift istimewa untuk vip (20pax)
- Parking percuma untuk pasangan mempelai
- Penginapan 3 hari 2 malam di "Bridal Suite"dengan sarapan pagi & makan malam / tengahari serta sebakul buah-buahan
- 1 bilik percuma "Family Suite" untuk persiapan semasa majlis
- Kadar bilik istimewa untuk tempahan bilik tetamu
- Kek perkahwinan 5 tingkat (Dummy cake)
- Food testing untuk 6 orang selepas pengesahan tempahan & bayaran 50% deposit daripada jumlah keseluruhan
Kalau korang takde lagi butik pengantin pilihan, korang boleh guna pakej yang disediakan oleh pihak hotel. Dengan tambahan harga bernilai RM4,250 nett, korang akan dapat:
- Pilihan pelamin moden
- Dekorasi meja makan pengantin & layar belakang ikut tema pelamin
- Deko bumga untuk pintu gerbang
- 6 gubahan bungan sepanjang laluan masuk ke pelamin
- Sepasang baju bersanding dan bunga tangan, kerusi meja makan dan meja pengantin
3/ Pakej Aqiqah
Untuk pakej aqiqah nikan, sebenarnya Juju tak pernah dengar ada yang buat dekat hotel. Selalunya buat dekat rumah je. Tapi kalau sesekali nak beralih angin boleh juga buat dekat hotel. Harga pula bermula dari RM3,500 untuk 70 orang. Pakej ni tidak termasuk kambing aqiqah ya.
Untuk pakej Aqiqah, korang akan dapat:
- PA sistem
- Meja sambut tetamu
- Dewan makan berhawa dingin
- Set lengkap meja & kerusi
- Pelbagai jenis pilihan makanan melayu & antarabangsa
- Parking bertutup
- Perkhidmatan pelayan disediakan
(Klik gambar untuk lebih jelas)
Menu makanan yang pelbagai dan sedap
Kami juga sempat merasa sendiri makanan yang disediakan semasa preview pakej ini. Jujur Juju cakap, makanan di hotel ini memang sedap dan lazat. Sampai Juju tak mampu tolak untuk menyertai setiap jemputan food review dekat sini.
Terasa keikhlasan masakan daripada air tangan chef dekat hotel ni. Perangai Juju pula kalau pergi mana-mana kenduri pun Juju akan cari makanan sampingan dulu. Dekat zon bubur ke, mi ke atau zon pemanis mulut. Bila nampak je laksa Johor, memang Juju ambil yang ni dulu lah. Laksa Johor dekat sini memang sedap. Ada juga serawa durian.
Untuk main course pula, Juju dah cuba sendiri nasi beriyani dan kambing masak hitam tu memang superb lah. Korang wajib tau amik pakej yang ada kambing masak hitam tu. Memang Juju 100% recommended. Bukan sebab Juju suka makan kambing, tapi memang paling sedap.
Lauk ayam masak merah pun sedap, sayur goreng pun sedap. Uish senang kata memang semua sedaplah dekat sini.
Maklumat lanjut dan tempahan
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubung:
- En Syahmi 📞 +60167100048
- Pn Urfa 📞 +60167100073
🏨 GBW Hotel
🚩 9R, Jalan Bukit Meldrum,
80300 Johor Bahru, Johor.
FB 7 IG GBW Hotel
☏ +6072216666
📧 info@gbwhotel.com.my