Gunung Kinabalu adalah salah satu gunung paling dicari oleh pendaki di seluruh dunia. Ia mempunyai ketinggian 4,095 meter dari paras laut, jadi bagi mereka yang menyukai aktiviti lasak dan pendakian, ia pasti akan menjadi lokasi yang mencabar.
Walau bagaimanapun, itu bukan satu-satunya keistimewaannya. Di sini Juju senaraikan enam sebab tambahan kenapa Gunung Kinabalu telah menjadi simbol keagungan bagi kedua-dua rakyat Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya.
6 Fakta Menarik Gunung Kinabalu
1/ Pada tahun 2010, Taman Negara Kinabalu menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO, menjadikannya lokasi pertama di Malaysia yang menerima status ini. Gunung Kinabalu, yang merupakan antara kemuncak tertinggi di Asia, adalah tarikan utama tempat ini.
2/ Gunung Kinabalu dianggarkan berusia lebih 10 juta tahun yang lalu. Strukturnya terdiri daripada batuan beku dan kubah granit berbentuk bujur yang terbentuk apabila magma pecah ke permukaan kerak bumi jutaan tahun yang lalu.
3/ Mendaki Gunung Kinabalu memerlukan dua hari dan satu malam. Untuk sampai ke rumah rehat Laban Rata, pendakian biasanya mengambil masa enam jam. Selepas itu, pendakian diteruskan pada awal pagi keesokan harinya, yang boleh mengambil masa sehingga tiga jam untuk sampai ke puncak.
4/ Di Taman Negara Kinabalu, yang terletak 1,563 meter di atas paras laut, suhu berkisar antara 15°C hingga 24°C. Pada siang hari, cuaca boleh sangat panas, tetapi pada malam hari, ia menjadi lebih sejuk. Suhu di Laban Rata, yang terletak 3,270 meter dari paras laut, berkisar antara 6°C dan 14°C, tetapi pada waktu malam ia boleh mencapai suhu hampir beku. Bulan Februari, Mac, dan April adalah bulan terbaik untuk mendaki Gunung Kinabalu kerana hujan lebih sedikit berbanding bulan-bulan lain.
5/ Gunung tertinggi di Malaysia ini adalah gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara, di belakang Puncak Jaya di Indonesia dan Gunung Hkakabo Razi di Myanmar.
6/ Gunung Kinabalu mempunyai habitat lebih 5,000 spesies flora dan fauna. Lereng bawah gunung mempunyai pelbagai jenis spesies, manakala kawasan yang lebih tinggi mempunyai lebih banyak spesies yang asli dan unik.
Baca sini: Gunung Banang
Nak Mendaki Gunung Kinabalu? Ini perkara yang perlu anda tahu
- Setiap pendaki diwajibkan untuk membawa bersama guide / pembimbing gunung Kinabalu yang dilantik.
- Dari Kinabalu Park anda akan ke Timpohon Gate – dengan berjalan kaki atau menaiki van. Anda akan mendaki dari sini (boleh juga gunakan alternatif lain iaitu melalui Gate Mesilau)
- Pendakian lazimnya di bahagi kepada 2 tahap. Pendakian pertama bermula dari Timpohon Gate hinggalah ke rumah rehat Laban Rata. Selepas tidur 1 malam di sini, anda akan memulakan pendakian kedua sekitar pukul 2:00 pagi ke puncak Kinabalu (di panggil Low’s Peak). Masa tiba di puncak dianggarkan kira-kira pukul 5 pagi.
- Pendakian pertama mengambil masa 3 ke 6 jam. Pendakian ke dua mengambil masa 2 – 4 jam. Masa berbeza mengikut kadar kecergasan dan keadaan cuaca pada hari pendakian.
- Pastikan anda telah ke tandas sebelum mendaki ke puncak. Puncak granit Kinabalu tiada pokok atau semak untuk anda berselindung semasa membuang hajat.
- Untuk memudahkan urusan pendakian (permit, insuran, sewa porter, sewa rumah rehat dll) kebanyakan pendaki menggunakan pakej dari agensi pelancongan. Sungguhpun anda mahu menggunakan khidmat agen pelancongan, pastikan anda tempah pakej beberapa bulan sebelum tarikh mendaki.
Pengalaman Juju
Juju sendiri memng tertarik dengan Gunung Kinabalu ni. Untung nasib korang boleh nampak full keseluruhan gunung. Ada masa awan tebal dan kabus menghalang pandangan. Alhamdulillah sepanjang percutian Juju ke sana dapat tengok view gunung yang cantik dari bilik hotel je. Masa tu Juju menginap di Kiram Village.
Tidur waktu malam memang sejuk. Pakej dengan angin yang sangat kuat. Sampai bergegar pintu bilik. Mak Juju sendal dengan beg luggage sebab bunyi pintu tu seolah-olah ada orang gegar dari luar. Scary kan. Tapi memang angin kuat masa tu. Nak keluar bilik pun tak berani. Sejuk sangat.
Ada juga Juju kongsikan itinerari sepanjang Juju di Kundasang dan Kota Kinabalu. Rindu pula rasanya nak ke Sabah lagi. Dah boleh mula plan kot.