Harini Juju nak ajak korang untuk berzikir hari Selasa pula. Banyak sebenarnya kelebihan bila kita berzikir ni. Dapat juga menjaga lidah daripada berkata yang bukan-bukan. Untuk senarai kelebihan berzikir Juju dah listkan di bawah ni ya.
Zikir Hari Selasa
Bacaan dalam rumi: Allahumma solli ‘ala sayidina muhammad. Wa ‘ala sayyidina muhammad
Maksudnya: “Ya Allah semoga rahmat sentiasa tercurah kepada Nabi Muhammad dan juga kepada keluarga Nabi Muhammad.”
Kelebihan Berzikir
1. Diangkat darjat oleh Allah SWT
Dari hadis Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat) kepadanya sepuluh selawat, menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat.” – (Hadis Riwayat Al-Nasa’i)
2. Dimakbulkan doa
Rasulullah SAW bersabda:
كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: “Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.” – (Hadis Riwayat Al-Tabrani)
Baca: selawat ke atas nabi
3. Kedudukan paling dekat dengan Rasulallah SAW
Rasulullah SAW bersabda:
أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً
Maksudnya: “Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
4. Diberi kecukupan hidup
إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ
Maksudnya: “Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
5. Allah membalas selawat
Daripada Abdullah bin al-‘Ash r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali.” – [Hadis riwayat Muslim (1530), an-Nasa’i (1295) dan at-Tirmizi (485)]
https://taqwa.my/zikir-selasa/