Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Mudah dan Sedap

Kasih Juju
Bila bercakap pasal masak lemak cili api, Juju teringat ada satu ketika tu warganet sibuk berbalah mengenai cara-cara memasak yang betul. Ada yang marah bila orang tu bagitahu dia masukkan bawang dalam masakan. Katanya cara masak yang sebenar tak perlukan bawang pun. 

Masak Lemak Cili Api
Pinjam gambar dari Azie Kitchen

Pengenalan

Sebenarnya, aktiviti memasak ni sangat subjektif. Bukannya kalau kita masukkan bawang dalam masak lemak cili api tu rasa dia akan berubah jadi rasa asam pedas. Masih lagi rasa masak lemak cili api, tapi rasanya lari sedikitlah.

Juju sendiri cuba kedua-dua kaedah tersebut dan hasilnya Juju memang kena masak dengan bawang untuk mengurangkan rasa pedas masakan tu. Si Firash dan ayah dia tak makan pedas. Jadi Juju kenalah ikut tekak diorang. Kalau tak nanti jenuh juga Juju nak kena habiskan semuanya.

Kalau korang nak tau, Juju membesar di Negeri Sembilan. Jadi masakan lemak cili api tu memang dah sebati dengan Juju. Cara nak sediakan pun tersangatlah mudah. Cuma guna 5 bahan je. Okeh meh Juju kongsi resepi cara Juju masak stail Nogori.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:
Ayam seekor
Cili api 20 tangkai
Kunyit (agak-agak besar ibu jari)
Santan
Serai

Cara masak:
1. Bersihkan ayam dan potong ikut kesesuaian. Nak potong 12 ke, 8 ke terpulang.
2. Tumbuk cili api dan kunyit.
3. Ketuk serai.
3. Satukan ayam, serai dan bahan-bahan tumbuk. Kacau sampai air ayam kering.
4. Kecilkan api dan masukkan santan.
5. Masak sampai santan mendidih. Siap!

Boleh juga kalau korang nak masukkan kentang atau sayur-sayur kesukaan korang. Nak letak daun kunyit pun boleh. Dah cakap tadi masak ni subjektif kan. Ikut koranglah nak masukkan apa dalam masakan korang. Masukkan asam keping pun sedap juga.

Tips

Kat sini Juju nak share macam mana tak nak bagi santan berketul. Mesti ada kerisauan dekat hati korang bila masak masakan yang menggunakan santan ni kan. Risau dia tak sebati dengan air. Silap-silap boleh jadi berketul-ketul. 

Kalau api terlalu perlahan, santan akan pecah minyak. Kalau api ditutup atau terlalu kuat, santan boleh jadi berketul. Untuk itu, korang kena pastikan untuk menggunakan api sederhana kuat dan kacau sekali-sekala. Bila santan mendidih dan pekat, tutup api dalam masa 10 hingga 15 minit.

Penutup

Oh ya! Tak payah masukkan minyak tau dalam masakan ni. Air ayam yang keluar tu pun dah macam minyak dah. Selamat mencuba.