Zikir Hari Khamis l Dah berzikir ke belum harini? Harini Juju nak kongsikan zikir hari Khamis untuk korang amalkan. Semoga kita sama-sama dapat manfaat dan pahala yang berpanjangan.
Zikir Hari Khamis
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang Maha Besar dan segala puji bagi Nya.”
Amalan Hari Khamis
Pada hari Khamis kita disunatkan untuk berpuasa. Juju sendiri suka berpuasa pada hari Khamis. Lagipun di Johor ni hari Khamis kami balik jam 3.30 petang. Bila balik awal tu bolehlah melayan tekak nak makan apa. Biasalah kalau berpuasa ni memang tekak nak makan macam-macam kan.
Dalil puasa Isnin dan Khamis
Daripada Aisyah RA, berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)