Splash Carnival LEGOLAND Waterpark l Haritu Juju berkesempatan untuk ke LEGOLAND Waterpark. Kalini Juju memang habiskan masa seharian dekat waterpark je. Memang puaslah dak Yash berendam. Untuk pengetahuan korang, bermula 16 Ogos sehingga 17 September ini, ada Splash Carnival di LEGOLAND Waterpark. Ada pelbagai aktiviti yang boleh korang buat dan juga persembahan artis.
Splash Carnival LEGOLAND Waterpark
Masa sampai tu, lebih kurang pukul 1 petang, cuaca tengah hujan. Kalau tengah hujan memang semua aktiviti air dan slide ditutup sehingga hujan berhenti. Jadinya Juju dengan dak Yash makan dulu sementara nak tunggu hujan reda. Menu wajib kitorang dekat sini Nasi Ayam Teriyaki. Suggestion daripada kak Hernee. Set ni datang dengan air dan aiskrim. Memang sedap nasi ayamnya. Portion pun cukup untuk seorang makan. Tapi si Firash selalu tak dapat nak habiskan ayam dia. Memang Jujulah yang kena habiskan.
Water Hula Hoop
Dah pukul 3 barulah hujan reda. Aktiviti petang tu diteruskan dengan Water Hula Hoop. Korang bayangkanlah cemana nak ber'hula hoop dalam air. Yang berjaya selesaikan cabaran je akan diberikan hadiah. Dak Yash datang angin dia, dia tak nak join pun. Dia dok gelakkan orang je kerjanya.
Surfboard Hunt
Untuk yang tak nak join aktiviti basah-basah. Korang bolehlah join Surfboard Hunt. Untuk surfboard hunt ni, korang kena cari LEGO surfboard yang dorang dah sebarkan sekitar Waterpark. Korang akan diberikan peta untuk locate surfboard dan tugasan korang adalah korang kena ambil gambar surboard tu sebagai bukti dah jumpa semuanya. Ada 8 surfboard yang korang kena cari.
Gigih jugalah Juju mencari. Tapi Juju cuma jumpa 5 je daripada 8. Lagipun Juju sibuk ke hulu ke hilir snap-snap gambar. Muehehehe....
Parade
Tengah syok Juju meronda waterpark tetiba dengar bunyi lagu dari arah wave pool. Rupa-rupanya ada perarakan Parade yang mengelilingi wave pool. Ada juga pengunjung yang menari bersama-sama dengan perarakan Parade tu. Meriah.
Live Brass Band
Ada juga persembahan Brass Band yang dimainkan secara langsung. Diorang akan main di kids pool. Anak-anak pun boleh cuba sendiri untuk mengetuk drum yang dimainkan oleh pemuzik di sini. Memang ramah ya pemuzik dekat sini. Memang mesra kanak-kanak.
Aqua Zumba, Beach Dance Party dan Groovy Dance Party
Untuk aktiviti dekat pentas wave pool, ada juga diorang buat Aqua Zumba, Beach Dance Party dan Groovy Dance Party. Sesambil berendam dekat pool, bolehlah ikut sekali pergerakan yang dibuat dekat pentas. Paling best lepas berzumba, Zin yang dekat stage akan release bola. Siapa yang dapat bola tu boleh bawa balik.
Malaysian Artist Performance - Ernie Zakrie
Untuk setiap hari Sabtu, ada special performance daripada artis-artis terkenal Malaysia. Dekat bawah nanti Juju share tarikh persembahan artis tu ya. Dan masa Juju datang pada 19 Ogos haritu, ada Ernie Zakrie. Ernie Zakrie pun syok tengok kitorang yang tengah berendam sambil tengok dia menyanyi atas stage.
Untuk hari Sabtu sahaja Waterpark tutup jam 7 petang. Ada masa tambahan sejam dekat situ. Memang puaslah berendam. Si Firash pun sampai dah wave pool tu dah berhenti wave nya baru dia keluar dari kolam. Betul-betul menggunakan masa yang ada ya si Firash ni. Sabar je mamanya melayan.
Boleh refer poster dekat bawah ni untuk maklumat lanjut ya.