Majlis Pembukaan BubbleBee Malaysia Cawangan Muar

Kasih Juju
Majlis Pembukaan BubbleBee Malaysia Cawangan Muar l Haritu Juju dan Geng JDT Blogger berkesempatan untuk menghadiri majlis pembukaan cawangan terbaru BubbleeBee Malaysia di Muar. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan khas untuk pengunjung yang menghadiri majlis tersebut.

bubblebee muar

Kebetulan pula pada hari itu juga berlangsungnya pilihanraya kecil di Muar. Jadi korang boleh bayangkan sendirilah ya macam mana keadaan jalan yang agak sesak pada masa itu. Awalnya Juju dah nampak kereta Sis Lin, tapi sampai di satu simpang dia boleh ikut jalan lain. Last-last dia yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas.

bubblebee muar

Istimewanya pada hari tersebut, Shuib yang juga merupakan pengasas BubbleBee Malaysia bersama-sama isteri dan anak-anak beliau telah mengagihkan sendiri 100 cawan aiskrim taro percuma untuk 100 orang pelanggan terawal. Dalam aiskrim tu ada cornflakes dan boba tau. Ha, bukan aiskrim yang biasa-biasa Shuib belanja. Sebenarnya dia bagi lebih sebab masih ada lagi yang beratur tak dapat aiskrim. 

bubblebee muar bubblebee muar bubblebee muar

Untuk makanan pula, untuk hari pembukaan sahaja ada potongan harga 20% untuk makanan dan minuman. Juju belikan Yash aiskrim milo sebab dia tengok gambar dekat kaunter tu sangat menggiurkan. Mudah terpengaruh rupanya anak Juju ni. Jujur Juju cakap aiskrim milo ni sedap. Juju ingatkan manis. Tapi tak manis sangat. Walaupun banyak milo yang dia taburkan, memang tak rasa manis sangat. Mungkin kombinasi cornflakes dan boba yang membuatkan rasa manis tu hilang.

bubblebee muar

Bersempena dengan birthday Shuib, korang bolehlah dapatkan air yang Juju senaraikan dekat bawah ni pada harga serendah RM3.90 sahaja. Promosi sehingga 17hb September 2023 sahaja tau.
  • Frizb Cranberry
  • Frizb Passion Fruit
  • Frizb Peach Mint
  • Frizb Red Apple
  • Frizb Mango
  • Frizb Strawberry

bubblebee muar

Lokasi untuk pembukaan cawangan kali ini juga sangat strategik. Terletak betul-betul di tepi jalan besar, memudahkan pelanggan untuk ke sini dan ruangan tempat letak kenderaan juga banyak.

bubblebee muar

Antara aktiviti lain yang berlangsung adalah face painting, fancy photobooth, persembahan kompang, persembahan zapin dan ada juga Mr Jojo The Clown. Si Firash tak heran pun dengan face painting tu. Dia kata dia dah besarlah untuk conteng-conteng muka. Dengan clown pun dia memandang sepi. Adeh la anak. Cepat sangat awak matang ni nak oi.

Kalau korang nak ke Bubblebee Cawangan Muar, bolehlah ke alamat seperti di bawah:

Alamat : No 2, GF, Jalan Prima Sakeh 3, 
Pusat Perniagaan Prima Sakeh 84000 Muar Johor