Makan Malam di Renaissance Johor Bahru Hotel

Kasih Juju
Makan Malam di Renaissance Johor Bahru Hotel I Korang, haritu Juju bawa dak Yash makan malam di Renaissance Johor Bahru Hotel. Firash bila dengar je nama hotel ni memang tak pernah tolak. Laju je dia setuju nak follow mama dia ni.


Untuk bulan ini, Renaissance Johor Bahru Hotel dengan bangganya membawakan tema Discover This Way Buffet Dinner dengan mengetengahkan hidangan shell out dan hidangan signature iaitu kambing panggang. Si Firash memang terus serbu favorite section dialah, section bbq. 

  

Juju suka section salad bar dan DIY theme salad. Dekat sini korang boleh petik salad-salad yang dah disediakan. Kalau susah sangat nak petik, gorang guna je gunting. Memang syurgalah bagi yang memang makan salad. Segar tau. Juju pun sesejak sakit ni dah mula dah menjinakkan diri dengan sayur-sayur hijau. Sedap rupanya.

Di bahagian appetizer, ada som tam, salad mangga Vietnam, kerabu pucuk paku dan ada juga ayam. Di bahagian on ice pula dah tentu akan menangkap pandangan mata dengan susunan tiram segar, mussel premium, lala dan udang. Menu on ice ni memang korang wajib cuba okeh.

Bagi memudahkan korang, Juju senaraikan menu-menu yang ada di hotel ini. Antaranya:

Japanese counter:
Salmon sashimi
Tuna sashimi
White tuna sashimi
Octopus
Japanese sushi,
Korean sushi.
Assorted maki roll,
Japanese okonomiyaki
Wakame seaweed
Kimchi cucumber with sesame
Spicy edamame, dan
Hiyayakko tofu

Signature in char-coal;
BLD Satay with condiment (Beef & chicken)
(Rice cube, cucumber, red onion, peanut sauce)

Noodle station;
Singapore curry laksa,
Mee bandung,
Clear chicken soup,
6 type of noodle with 13 types of condiments.

Carving station;
Meat carving, and
Slow roasted marinated lamb leg bone-in, lamb flap.

Middle east station;
Mandi rice and chicken grill kabsah
Raita/chutney tomato/chutney mint/tajine/grill chili and tomato/soup

Shell out station;
Shell out
Slipper lobster / udang galah / scallop / fresh squid / black mussel,
Crayfish / sea white prawn / garlic butter thyme sauce / lemon butter sauce / R sauce broccoli/ corn cob / potato.

BBQ station;
On grill
Tenderlion / lamb shoulder / beef tender / percik chicken and black pepper chicken


Okeh, sebenarnya ada banyak lagi yang Juju tak dapat nak senaraikan dekat sini. Menu pula semuanya asian cuisine. Korang kenalah datang dan cuba sendiri lauk-pauk yang ada. Juju boleh stay makan dekat sii dari pukul 6 petang sampai pukul 9 malam tau. Sejam lagi waktu nak tutup restoran. Haha, memang Juju cuba semua lauk yang ada. Karang kalau tak cuba mulalah teringat-ingat. Puas hati.

Korang jangan risau kalau nak solat ada juga surau disediakan di kawasan parking dalam bangunan. Lepas solat boleh sambung lagi. Penutup buffet dinner dah tentunya kena cuba teh tarik. Memang pekat berlemak teh tarik dekat sini.

Last sekali sebelum balik wajiblah makan aiskrim. Ada meisn aiskrim tau dekat sini. Sedap aiskrimnya. Ada coklat dan vanilla. Nak campur pun boleh. Untuk lebih gambar boleh ke Facebook Juju ya.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan:
𝐃𝐈𝐒𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐓𝐇𝐈𝐒 𝐖𝐀𝐘 𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑 𝐁𝐔𝐅𝐅𝐄𝐓 | 𝐀𝐔𝐆 • 𝐒𝐄𝐏𝐓 • 𝐎𝐂𝐓
🗓 Sunday to Thursday
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM118 nett per adult
🏷 RM59 nett per children (6 to 12 years old)
🗓 Friday & Saturday
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM188 nett per adult
🏷 RM94 nett per children (6 to 12 years old)
✨ 35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
#renaissancejb #renhotels #discoverthisway