26 April 2018

Indahnya Awan di Langit Biru

Indahnya Awan di Langit Biru l Haha.. Gelak dulu masa taip tajuk ni. kemain lagi macam nak bermadah bagai. Padahal nak masukkan gambar langit berawan je. Dapat jugalah menambah entri dekat blog Juju ni ha.

Sejak kebelakangan ni Juju suka sangat tengok awak masa balik kerja. Cantik sangat. Memang terpukau habislah tengok awan yang terbentuk tu. Tapi dalam masa yang sama Juju sentiasa berhati-hati dengan pemanduan. 

Kalau korang nak tau, Juju ni balik kerja mengadap matahari terbenam. Jadi memang tak boleh nak laju sangat. Silau wey. Kalau tak tahan boleh migrain kepala. Okeh jom tengok gambar-gambar yang sempat Juju snap.


Gambar yang pertama ni gamabr awan lepas hujan. Suka awan yang bertompok-tompok macam ni. Redup je jalan. Tapi kena jugalah cahaya matahari. Matahari lepas hujan kan teriknya lain macam. Berbayang dashboard kereta dalam gambar ni.


Gambar yang kedua ni pulak Juju snap semalam. Terik tetap terik. Tapi suka tengok kejadian awan tu. Dengan background yang membiru sambil mulut tak berhenti menyebut "SubhanAllah".

Okeh, nilah kerja Juju sepanjang perjalanan balik. Bagi mengelakkan mata mengantuk, kita nikmati pemandangan semulajadi yang indah sambil bernyanyi-nyanyi riang dalam kereta. Masa ni nak nyanyi lagu yang bernada tinggi pun takda masalah sebab tak ada yang dengar. Hehehehe..

Okaylah korang. Terima kasih sudi singgah :)



4 ulasan:

  1. betul..paling suka tengok awan tompok-tompok.kadang-kadang imagine nampak bentuk-bentuk kan juju

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada dak firash dah tanya dia dah awan tu bentuk apa..macam-macam jawapan dia bagi.hehe

      Padam
  2. Cantikkan, Sis orangnya suka langit dan awan..pantang nampak suka amik gambar..he he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok lepas ni kita compare awan siapa lagi cantik..hehehehe...gurau je sis :)

      Padam