Pening betul nak cari rumah sewa. Dah seminggu SukaGelak dok merayau kat alam maya ni mencari rumah sewa. Macam dah putus asa dah rasanya. Tapi kene cari juga.
Aduhai tuan tanah, kenapalah tahun ni nak jual rumah pula. Juallah 5,6 tahun lagi. Huhuhuhuwargh.. Susah nak cari rumah yang macam SukaGelak sewa sekarang. Security 24jam, covered parking, monthly pun murah.

Kawan-kawan dekat blog ni boleh tolong SukaGelak tak? 
SukaGelak nak cari rumah sewa area Putra Perdana / Selayang / Bukit Jalil / area berhampiran.
Sewa maximum rm600. Yng dekat internet tu kebanyakannya guna agent. Harga pun macam tak relevan je.

Tolong ye sape-sape yang tau ade rumah sewa berdekatan tempat yang SukaGelak bagitau tu.
Mengharap sangat ni.

image source : google.com
Wassalam.