Pengalaman Dan Tips Minum Air Gula Ibu Mengandung

Kasih Juju
Assalamualaikum semua. Selamat hari Jumaat..

Harini SukaGelak nak kongsi sikit dengan korang pengalaman minum air gula kat klinik kesihatan. Sebelum pegi klinik tu, SukaGelak dah buat survey dulu. Merayau-rayau dekat blog yang memang dah ade pengalaman minum air gula.
Kebanyakkannya cakap tak lah seteruk yang dibayangkan. Tapi pada SukaGelak, kalau disuruh minum lagi memang dah tak mahuuuuuuuu. Manis sangat air gula tu. Haha, dah nama pun air gula kan. Memanglah manis. Tengok kat dalam cawan tu nampak air jernih je. macam air suam. Tapi bila dah masuk mulut, alahai. Ku gagahkan jugak habiskan secawan tu.

Macam awal sangat rasanya SukaGelak minum air gula ni kan. Baru 4 bulan dah kene minum. Berat tak naik pun. Prosedur sekarang ni mengandung umur 25 tahun ke atas kena minum 3 kali. Woahhh.. 3 kali okeh. Huhuwarghhhhh....

Sebenarnya SukaGelak terlewat sikit minum air tu. Kebetulan pulak ade 2 orang Julia Jamaludin semalam. Yang sorang lagi tu cuma check up biasa je. Bila nurse pun dah konpius, kitorang ni lagi lah konpius. Haha.. Nasib baiklah air gula yang SukaGelak minum tu masih suam. Kalau tak memang muntah kat situ juga.

Tips minum air gula :
1/ Minum masa air tu masih suam.
2/ Minum jangan berhenti. Sekali harung je, habiskan semua dalam cawan tu.
3/ Basuh cawan sendiri. ( Hahaha, yang ni depends on klinik yang korang pegi tu lah )
4/ Stenby air masak. Boleh bilas balik rasa manis dalam mulut.

Haaa.. Senang je kan. Jangan difikirkan sangat rasa air gula tu. Buat serabut kepala je kan. Enjoy je. Taim mengandung ni jelah korang dapat rasa minum air ni.

Result die akan keluar seminggu lepas tu. Kalau ade problem, diorang akan call. Kalau tak call tu maksudnya takde masalah. Harap-harap takde masalah. Huhuhu.

Oh ye, sebelum minum tu kene buat urine test dengan ambil darah dulu. Lepas 2 jam kene ambil darah lagi. Asik nak mencucuk je keje nurse tu kan. Kali ke 2 ambil darah ni SukaGelak tak larat nak tunggu nama kene panggil. Pergi menyerah diri terus. Tak tahan perut dah lapar sangat.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.