Air oh Air

Kasih Juju
Semua pun dah sedia maklum yang tempoh catuan bekalan air akan diteruskan sehingga hujung bulan April ni. Setakat ni takdelah pulak dengar Syabas nak tamatkan ke ape. Huhuhu.. (Meraung bawah meja jap)

Walaupun dah dekat 2 minggu hujan, masih tak cukup juga nak menampung keperluan air kat sini. Lagipun hujan dekat hilir sungai katenya. Tak kena dekat tempat takungan air. Huhuhu (Meraung lagi celah kerusi).
Harap-harapnya cepatlah berlalu masalah catuan air ni. Kasihanlah dekat ibu-ibu mengandung yang macam saya ni. Dah lah suami tiada di sisi. Terpaksa menimba air sendiri. Walaupun jarak dapur dengan bilik air cuma 10 langkah, tapi kalau dah 5 kali dok ulang-alik bawak tong air 5 liter tu kira penak juga tahu?? Mandi pun tak puas ho. Huhuhu..

Nak dijadikan cerita, Isnin lepas perut SukaGelak sakit sangat. Tersangatlah sakitnya. SukaGelak ni pulak memang jenis yang suka tahan sakit. Tapi disebabkan kandungan yang dalam perut ni, SukaGelak pun call adik, ajak balik. Nak pegi klinik. Meleleh-leleh air mata dalam kereta. Sakitnye MasyaAllah.
Pic source : Google
Masa sampai kat klinik, nasib baiklah takde orang. Doktor cakap urat perut tegang. Sakitnya 5 minit selang 5 minit. Tidur malam pun kerap terjaga sebab sakit sangat. Doktor bagi panadol dengan ubat sapu. Sambil sapu ubat tu SukaGelak cakaplah sikit dengan baby. Baby nak perhatian agaknye. Hehe.. Sweetlah baby ni.

Mom2be kat luar sana pun mesti ada yang pernah rasa apa yang SukaGelak rasa ni. Bila cerita kat ofis pun diorang suruh pujuk baby dalam perut tu. Memang mujarablah cara ni. Alhamdulillah, perut dah mula rasa selesa lepas beberapa kali SukaGelak pujuk baby. Legaaaaa......

Nota tambahan : Doktor pesan, jangan drive long distance, jangan angkat air berat-berat. Okeh doc, saya drive short distance je sekarang, tak angkat air dah. Saya tolak je :)

Terima kasih sudi singgah :)
Wassalam.