Cara Mengerjakan Solat Terawih Sendirian di Rumah

Kasih Juju
Assalamualaikum semua.

Amacam puasa hari ni? Mesti korang haus giler kan. Hahaha.. Okeh, kite geng. Buka semalam banyak giler minum air. Tak boleh tahan tengok air warna-warni atas meja. Makanan tu macam pandang tak pandang je. Air lagi glamer. Lagipun semalam memang panas betulkan.

Bila perut dah penuh, mesti lemau je nak solat kan. Dapat pulak macam kawasan rumah SukaGelak ni suraunye jauh. Dalam keadaan sarat ni memang pikir 2,3 kali nak pegi ke tak sembahyang terawih. Rasa rugi pula tak kejar pahala bulan puasa ni. Penyudahnya tak pergi pun.

Disebabkan rasa kerugian tu mengatasi segala-galanya, harini SukaGelak dengan gigihnya bertemu janji dengan encik Google cari info pasal solat terawih kat rumah. Tak susah pun rupanya. So, lepas ni boleh buat dekat rumah je :)
Sumber gambar : http://www.fizgraphic.com/2012/03/freebies-doodle-wanita-mengandung-bakal.html
----------------------------------------------------------------------------------------------

Solat terawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis nabi tentang bacaan surah ini.

Segala bacaan diluar solat, seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat terawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat terawih jika ditinggalkan.

Nota:
Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya.
Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat ialah menjauhkan sikap riya'. Hal ini ditegah Allah: "Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk." (al-Ma'un : 6)

Niat solat terawih:
Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat kerana Allah ta'ala.