Merdeka! Merdeka! Sale

Kasih Juju

Hai semua, 
Tak lama lagi negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 60 tahun. Wah! Dah cukup lama kita bebas dari penjajahan. Doa KJ agar negara kita akan terus bebas daripada penjajah. Tak dapat KJ bayangkan kalau negara kita yang tercinta ni bakal di takluk oleh orang lain.

KJ sangat sayangkan negara kita ni. Macam yang kita semua dah sedia maklum, negara kita ni memang terkenal dengan keramahan penduduknya. Apa yang membanggakan KJ, kita boleh hidup serumpun dengan bangsa lain. Malaysia sangat majmuk kan.

Dari zaman sekolah lagi kita dah diserapkan dengan nilai-nilai murni dan sifat cintakan negara, agama dan bangsa. Dan perasaan tu masih kekal sehingga sekarang.

Bersempena dengan hari Kemerdekaan yang bakal menjelma tak lama lagi, Lazada Malaysia telah menganjurkan MERDEKA! MERDEKA! SALE dengan menawarkan diskaun sehingga 80%. Wow!! Banyak tu.

Anda dah terjah ke website Lazada Malaysia? Ada banyak local brand yang tengah buat sale sekarang ni. Antara jenama local brand yang terlibat;
  • Jelitasara
  • Owl by Nora Danish
  • Amar Amran
  • Siti Khadijah
  • Old Town White Coffee
  • Spritzer
  • Bonia
  • Carlo Rino
  • Tomei
  • Poh Kong
  • Sweet Dream
  • Jean Perry
  • Crown Furniture
  • MF Design Furniture
  • KKJ
  • SSF
  • Khind
  • Pensonic
  • Hesstar
  • Milux
  • Pelangi
  • Karya Seni
  • Tounh 'n Go
  • BadLab
  • Silky Girl
  • Safi
Untuk memudahkan anda memilih produk buatan Malaysia ini, KJ sertakan sekali link dari website Lazada --> http://www.lazada.com.my/malaysian-brands/

Dan, KJ juga dah buat list dah barang apa yang KJ nak beli masa tengah sale ni. Rugi tau kalau tak grab . Harga jauh lebih murah. Menangis tepi bucu katillah nanti kalau tak grab sekarang.

1/ Carlo Rino Backpack
Ha, comel tak beg Carlo Rino ni? Mestilah comel sebab warna dia merah jambu. KJ suka sangat dengan warna merah jambu ni. Lembut je dekat mata ni. Harga pun takdelah mahal sangat. 

Beg macam ni sesuai sangat dengan KJ. Maklumlah, bagi ibu-ibu yang ada anak kecil Tentu sekali macam-macam yang kita nak isi dekat dalam beg tu kan. Kalau boleh barang 1 rumah tu kita nak bawa kemana saja yang kita pergi. Hehe..


2/ Pensonic Multi Cooker
Barang yang kedua ni KJ agak mesti korang dah tau kenapa KJ pilih produk ni. Yes, betul. Sebab warna merah jambu. Hehe..

Dan keduanya, sebab benda ni multi purpose. Kita boleh menggoreng, kukus dan masak lauk yang berkuah. Mudah sangat nih. Kalau nak travel kena bawa sekali multi cooker ni. Lebih-lebih lagi kalau travel ke Cameron Highland. Senang nak rebus atau kukus jagung manis dekat sana.

Eh!Eh! Tak semestinya dekat Cameron Highlang je tau. Kalau nak picnick tepi laut pun boleh. Nak goreng nugget ke, sosej ke, ayam ke semua takda masalah.

Dapat juga memudahkan kerja-kerja memasak. Lebih-lebih lagi untuk mak-mak yang bekerja macam kakak ni ha. Nampak benda yang mudah ni laju je nak grab kan.


And last but not least, KJ nak menyeru kepada semua peminat-peminat online shopping untuk terjah website Lazada sekarang. Jangan lambat-lambat tau. Sale sehingga 31/8/2017 sahaja. Jangan salahkan KJ kalau korang terlepas peluang ni.
http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/

Sampai bertemu lagi.
Terima kasih sudi singgah :)