Majlis Perasmian dan Kesyukuran Tijani Motors Sdn. Bhd.

Kasih Juju
Assalamualaikum semua, Alhamdulillah kalini Juju berpeluang untuk bertemu juga dengan geng-geng JDT Blogger di majlis perasmian kedai menjual kereta import terpakai di Bandar Pontian. Ramai juga geng blogger yang hadir memenuhi jemputan. Nanti Juju cerita dekat entri yang lain ye.

Pengenalan Tijani Motors



Diinspirasikan oleh 'Misi Dekad Baharu Johor' yang telah diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam merealisasikan Visi Johor Berkemajuan, Tijani Motors Sdn Bhd (ahli kumpulan Gemilang Zamrud Sdn Bhd) melangkah setapak lagi dengan memulakan perniagaan di dalam industri automotif.

Penubuhan Tijani Motors adalah untuk menjadi salah sebuah perniagaan automotif terutamanya dalam kategori kereta import terpakai yang dimiliki oleh usahawan Bumiputera. Dengan lokasi menarik, produk-produk yang berkualiti dan merupakan pengedar kereta import pertama di Pontian, Tijani Motors bersama rakan niaga, Yamud Enterprise bakal menjadi pemangkin dalam ndustri usahawan automotif import terpakai di daerah Pontian, dan visi seterusnya adalah untuk berkembang ke seluruh Malaysia.

Majlis Perasmian dan Kesyukuran Tijani Motors Sdn. Bhd.
Majlis perasmian telah diadakan pada 27 April 2018 bersamaan 11 Syaaban 1438H bertempat di Lot 979, Jalan Johor, Bandar Pontian pada jam 8.30 malam.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato IR Hj Hasni bin Hj Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor.

Dalam ucapan perasmian beliau amat menggalakkan anak muda menceburi bidang permotoran. Atas sebab itu, beliau berkata akan membuka sebuah pusat racing track di utara daerah Pontian khas untuk peminat sukan permotoran.

Beliau juga berkata daerah Pontian akan menjadi suatu daerah yang pesat membangun selepas terbinanya jambatan yang akan menghubungkan daerah Pontian dan daerah Johor Bahru. Jambatan sepanjang 3.5 kilometer tersebut dijangka akan siap dibina pada tahun 2021.



Antara gambar yang kereta yang sedia ada di kedai sekarang adalah seperti di bawah:











Pengarah Urusan Tijani Motors Sdn Bhd berkata, 'Tijani itu membawa maksud mahkota, penubuhan Tijani Motors ini juga adalah bagi menarik minat anak muda menceburi bidang perniagaan permotoran.'



So, kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Tijani Motors, korang boleh melawat mereka di:
Alamat: Lot 979, Jalan Johor, Bandar Pontian Kecil, Johor.
Nombor untuk dihubungi: Dzol 013-685 4217
: Ismail 012-709 9908
Emel: info.tijanimotors@gmail.com