Perdana Menteri Malaysia ke-7 Tun Dr. Mahathir Mohamad

Kasih Juju
Assalamualaikum Malaysia,

Setelah beberapa hari menyepikam diri, baru harini Juju memunculkan diri. Bila dapat cuti seminggu ni mulalah malas nak menaip entri. Bukannya apa, susah tau nak menaip guna handphone ni. Tapi harini Juju gagahkan diri juga menaip. Dah lama sangat nak membebel nih. Macam nak meletup dada. Haha.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7

Okeh, macam yang kita tau, negara kita ni baru je lepas habis Pilihanraya Umum yang ke-14. Tahniah Juju ucapkan pada mereka yang sanggup meredah kesesakan lalulintas untuk pulang mengundi. Memang suasana di lebuhraya sesak dia lain macam. Nak balik sambut raya pun tak sesak macam ni. Syabas korang.

Juju pun tak ketinggalan menunaikan tanggungjawab mengundi di kampung. Memang sengaja tak nak tukar alamat sebab nak balik kampung lagi dan lagi. Haha.. Sekarang ni nak balik kanpung cuma ambil masa satu jam sahaja. Nak balik tiap-tiap minggu pun tiada masalah.
Sementara tunggu mak, kita selfie dulu. Eh, sebenarnya Juju join kontes Aidijuma. Korang doakan Juju menang ye. InsyaAllah.

Sungguhpun keputusan PRU kali ini amat memeranjatkan, tapi sebagai penjawat awam yang dah sain surat aku janji akan terus setia pada kerajaan yang memerintah. Cuma suasana selepas diumumkan parti mana yang menang tu berbeza sikit. 

Cuba lihat air muka orang tua kita. Sayu sangat. Mana taknya, mereka dah berpenat lelah bersama-sama kerajaan yang dulu sejak sebelum zaman kemerdekaan Malaysia lagi. Parti politik itu juga yang membantu dikala mereka dalam kesusahan. Jadi dalam kegembiraan kita tukar tampok pemerintahan, jangan pula kita berbalah dengan orang tua kita. Hormati perasaan mereka.

Harapan Juju, semoga negara yang kita sayangi ini terus aman dan makmur. Bersama-sama kita membina Malaysia yang lebih maju. InsyaAllah.

Pssttt... Minggu depan dah nak puasa, dah habis ganti puasa ke belum? Hehehehe...