Berus Gigi Miswak Pertama di Dunia Mengandungi Khasiat Miswak

Kasih Juju
Hai semua, so macam mana puasa hari ke 26 ni? Mesti makin bertenaga sebab dah nak raya kan. Ada ke yang tak happy nak sambut raya? Sekajap je rasa masa berlalu. Tak sedar Ramadhan dah nak meninggalkan kita.

Harini Juju nak berkongsi sikit dengan korang kebaikan bersugi. Kalau korang nak tau, kayu sugi diperbuat daripada akar pokok "Aarak" ataupun nama saintifiknya Salvadora Persica yang berasal dari negara Arab.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa "solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat tanpa bersugi" dan "hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah".
  • Kebaikan Bersugi/ Siwak adalah:
  • Membersihkan mulut.
  • Mendapat keredhaan Allah.
  • Tidak disukai syaitan.
  • Allah dan Malaikat mengasihi orang yang bersugi.
  • Mengharumkan mulut.
  • Menguatkan gusi.
  • Menghapuskan Safra (Sejenis penyakit).
  • menghilangkan kahak.
  • Menguatkan pandangan mata dan
  • Menghilangkan bau busuk mulut.
Tapi, dekat mana pula nak cari pokok tu dekat Malaysia ni kan. Jangan risau, dengan adanya teknologi yang serba canggih sekarang ni, khasiat-khasiat bersugi ni korang boleh dapatkan dengan menggunakan berus gigi Miswak. Berus gigi pertama di dunia yang mengandungi khasiat Miswak.


Berus gigi ini menggabungkan tradisi Arab dengan teknologi Jepun terkini. Kombinasi unik dalam bulu berus gigi ini membawa suatu konsep baru yang mengetengahkan alam semulajadi dan Sunah ke dalam gaya hidup seharian.


Apa itu miswak?
Miswak, juga dikenali sebagai siwak atau kayu sugi, merupakan kayu pembersihan gigi yang telah digunakan sejak beribu tahun dahulu. Ia didapati dari akar dan ranting pokok Peelu (Salvadora Persica). Dipercayai mengandungi elemen antibakteria yang berupaya mengurangkan plak, memutihkan gigi dan menghilangkan bau mulut. Penggunaan miswak ini merupakan sunah Nabi Muhammad saw dan ianya satu amalan yang sangat disyorkan. Sesungguhnya, Nabi Muhammad s.a.w. juga menggunakan miswak dan menyarankan penggunaannya setiap kali sebelum waktu solat.
Atas dasar keistimewaan yang diperakui tentang miswak ini, terhasilnya berus gigi Miswak pertama di dunia!


Tidak Perlu Ubat Gigi!
Berus gigi miswak tidak memerlukan penggunaan ubat gigi. Ini kerana seramik semulajadi yang terkandung dalam bulu berus bertindak sebagai unsur pembersih. Seramik kuarza semulajadi ini didapati hanya di Aichi Prefecture, Jepun. Ianya kuat, berdaya kikisan yang baik, dan juga mampu tahan impak, haba dan bahan kimia. Bukan itu sahaja, ia juga menjana cas ion negatif yang banyak semasa tindakan pemberusan gigi. Ion-ion ini berupaya melicinkan permukaan gigi dan mengurangkan plak gigi. Oleh kerana seramik tersebut telah dihancurkan sehingga halus dan dicampur dengan bulu berus gigi, tiada risiko kerosakan pada gigi dan gusi.


Buatan Jepun
Terkenal dengan penghasilan produk-produk yang inovatif dan bermutu tinggi, barangan buatan Jepun lazimnya menimbulkan tanggapan sebagai barangan nilai terbaik di kalangan pengguna serata dunia. Begitu juga dengan berus gigi Miswak di mana ianya terbukti 100% selamat digunakan. Ianya dihasilkan di Yao dan bandar berdekatan di Osaka Prefecture, sebuah kawasan yang terkenal dengan penghasilan berus gigi.

Cara penggunaan:

  • Basahkan bulu berus
  • Berus dengan lembut
  • Berkumur dengan air.
Pengalaman Juju menggunakan berus gigi Miswak
Korang semua mesti nak tau apa yang Juju rasa masa gunakan berus gigi ni kan. Jujur Juju bagitahu, Juju suka sangat dengan berus gigi Miswak ni. Memudahkan urusan Juju dalam membersihkan gigi dan mulut. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni ha. 

Bila setiap kali nak solat, Juju akan guna berus gigi ni. Senang sangat. Celup je dekat air dah boleh terus guna. Kadang-kadang Juju tak pergi toilet pun. Dekat dalam ofis je Juju berus gigi. Punyalah multi tasking. Muehehehe.. Sila jangan contohi perangai Juju ni ya.


Apa yang Juju rasa lepas guna berus gigi Miswak ni?
Dah tentulah Juju rasa segar. Mulut pun tak berbau. Kerja macam Juju ni memang kena banyak bercakap dan kena jumpa ramai orang. Kalau mulut berbau pun boleh menjatuhkan self confidence. Jadi untuk kekal fresh, Juju akan selalu mengamalkan penggunaan berus gigi Miswak ini.

Untuk maklumat lebih lanjut dan pembelian, boleh buat di:
Laman web rasmi: www.miswak.com.my/
Whatsapp: +6010 201 3357