Tisu Malam Jumaat - Feminine Wipes dari Imaan Suci

Kasih Juju
Hai semua,

Korang tau tak pasal kebersihan di kawasan intim? Ada orang yang memang betul-betul jaga kebersihan kawasan intim mereka. Tapi ada juga yang sambil lewa je dengan kawasan ni. Hmm. Ada juga ya yang tak mahu menjaga kawasan intim ni. Meh sini Juju nak bagi kesedaran sikit.

Masalah utama kalao korang tak jaga kawasan ini, keputihan akan mula muncul. Keputihan ni pula ada 2 kategori. 1 yang bagus, 1 lagi yang sangat-sangat jahat. Ha yang jahat ni yang kita tak nak. Jadi lebih baik kita cegah sebelum sebelum melarat.

Vagina perlu dijaga dan dibersihkan dengan betul terutamanya selepas melakukan hubungan seks. Ia perlu di basuh dan dikeringkan supaya kuman tidak membiak di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, cara basuhan yang tidak betul akan mengganggu bakteria baik di kawasan tersebut.

Gaya hidup yang tidak sihat juga menyumbang kepada masalah keputihan. Antaranya ialah:
  • Diet yang tidak teratur
  • Kurang makan makanan sihat
  • Merokok
  • Kurang bersenam
  • Kurang rehat
  • Tidak mendapat tidur yang cukup
  • Stress
  • Mengenakan seluar atau seluar dalam terlalu ketat
Mereka yang kerap bertukar pasangan seks akan menghadapi risiko lebih tinggi untuk mengalami jangkitan kuman di bahagian vagina seterusnya menyumbang kepada masalah keputihan. Jadi, untuk mengatasi masalah ni, jom Juju nak kenalkan korang dengan tisu malam Jumaat. Pergh.. Pandai-pandai je bagi nama samaran ye. Muahahahaha..

IMAAN FEMININE WIPES dirumuskn utk kegunaan zon intim terutamanya apabila keluar dari rumah dan hubungan intim. Kekal bersih dan segar sepanjang hari.


Tisu lembap direka khas untuk pembersihan bahagian intim wanita. Memberikan kesegaran dan perlindungan untuk zon intim anda. Mengandungi ekstrak sireh.

Daun Sireh & Mawar
Daun Sireh merupakan sumber asli yang mengandungi anti septik mematikan kuman dan antioksidasi berpunca dari bakteria dan kulat. Berkhasiat mengatasi masalah gatal, bau dan mencegah kuman. Pati mawar juga bertindak sebagai penyeimbang PH dan memberi rasa nyaman dan sejuk pada kulit

Cara Penggunaan
Penggunannya hanya lap bahagian intim selepas membilas. 1 paket 1 pcs. Berguna utk wanita yg suka bercuti dan kerja luar kawasan. Mudah dibawa dan simpan dlm handbag. Suci tanpa alkohol. Fungsi 2 dlm 1(membersih dan menyegar)Sesuai utk semua jenis kulit.

Juju suka betul dengan packaging tisu ni. Dalam satu pek ada 10 helai, tapi setiap helai tu dia packing satu, satu. So, senang nak masukkan dalam handbag. Kalau packing macam baby wipes tu susah nak masukkan dalam beg. Dengan saiz dia yang tebal dan berat.


Feminine wipes dari Imaan Suci ni memang memudahkan urusan Juju tau. Sambil memudahkan urusan tu dapat juga menjaga kebersihan bahagian intim Juju ni. Selalu kalau ke tandas awam tu manalah kita nak bawak sekali botol feminine wash tu kan. Kadang tu bukan semua tandas sediakan tisu, jadinya bahagian intim kita tu akan rasa lembab je sebab tak di sapu dengan bersih. Tak selesa betul.

Bila dah ada feminine wipes ni Juju dah tak risau lagi nak gunakan tandas awam. Lipat-lipat masuk poket je. Hah senang. Kenapalah Juju tak jumpa feminine wipes ni masa mengandung dulu. Sengsara betul masalah keputihan masa mengandung dulu. Okeh, lepas ni kena beringat. Hehe.. Doakan Juju mudah mengandung anak yang kedua ni ya. InsyaAllah amin.

Maklumat lanjut;
Alamat:
No 3A-08 , D' Pandan Avenue 3, 
Taman Pandan Mesra, 
68000 Ampang

Telefon:
019 286 2828

Email:
inquiry@imaanworld.com

Website:

Facebook:

Instagram: