Sambutan Hari Lahir Firash di Tadika

Kasih Juju
Sambutan Hari Lahir Firash di Tadika l Alhamdulillah. Tahun ni genaplah usia Firash 4 tahun. Tahun ni tarikh lahir dia jatuh pada hari Jumaat. Jadi Juju dah plan nak buat sambutan hari lahir dia dekat sekolah. Mengenangkan tahun depan nak sekolah tempat lain, jadi tahun ni kita sambut dekat sekolah dulu ya.



Juju belikan kek dan bungkus sedikit makanan untuk Firash dan kawan-kawan dia. Untuk goodies bag pula Juju belikan beg di Mr DIY. Suka betul Juju tengok beg tu. Beg tu ada gambar kartun. Tapi belum diwarnakan. Masa beli beg ni dia datang sekali dengan kaler magik.



Untuk kek pula Juju beli dekat kedai Milky, Kluang. Lupa betul nak tempah awal. Kononnya nak tempah kek yang ada gambar ultraman dekat atas dia. Tapi entah sibukkan apa sampai tak sempat Juju nak ke bandar. Tak pelah. Mama hutang dulu ye Yash.


Okeh nyanyi dulu sebelum potong kek. Cikgu dia pun sporting. Melayan je permintaan Juju nak buat sambutan hari jadi. Rupanya yang lain pun sambut juga. Cuma diorang tak publish dekat group whatsapp.



Sampailah sesi suap menyuap. Sebenarnya ada juga gambar Juju suap Firash dan Firash suap Juju. Tapi gambar tu tak melepasi piawaian. Jadi Juju simpan untuk tontonan sendiri saja. Hehe.

Oh ya, tarikh lahir Firash sebenarnya 3 hb Ogos, fud, dah lebih sebulan baru nak update dekat blog. Hadoi. Banyak sangat kerja yang ada due date. Jadi entri peribadi terpaksalah delaykan sedikit.

Terima kasih sudi baca :)