Solekan Pantas dengan Set 4 dalam 1 Yarra Beauty Care

Kasih Juju
Assalamualaikum semua,

Bila bercakap pasal solekan, mesti ramai yang suka. Juju pun suka juga. Walaupun skill bersolek tu masih ditahap yang rendah, tapi Juju sentiasa belajar sedikit demi sedikit. Bila kita rajin praktikkan apa yang kita belajar tu InsyaAllah lama-lama nanti akan pandai jugakan. Jangan pula tak nak belajar langsung. Lepas tu cemburu tengok orang lain cantik. Ha memang ketuk kepala sendirilah nanti.

Masa ke Bukit Gambang haritu, Juju telah diberi peluang untuk mencuba set 4 dalam 1 dari Yarra Beauty Care. Wow! Yarra ni kan yang MUA Bellaz selalu guna dalam solekan dia tu kan. Wow wow wow! Haha, Juju betul-betul teruja untuk mencuba set 4 dalam 1 Yarra ni.


Set 4 dalam 1 ni didatangkan dalam satu kotak khas yang cantik sangat. Sebab apa Juju cakap kotak ni cantik? Sebab kotak dia warna pink. Hehe.. Orang perempuan ni memang cepat teruja dengan warna merah jambukan. Good marketing strategy.

Kalau korang suka make up yang ringan-ringan, tak berat bolehlah cuba DD Cream dia. Calit-calit je. Mudah sangat nak guna. Bawak set ni dalam handbag pun dah cukup dah pada Juju. Tak perlu bawa beg make up berat-berat tu. 

Juju pun simpan juga set ni dekat pejabat. Lepas solat terus sapu moisturiser dia. Fuh. memang jatuh cinta betul dengan pelembab dia ni. Cepat menyerap dalam kulit muka. Bukan macam sesetengah pelembab yang lambat sangat nak meresap. Sambil dalam hati pun berkata, 'Patutlah MUA Bellaz suka sangat dengan pelembab Yarra ni. Macam ni perasaan dia lepas dah sapu dekat muka.'


SET 4 dalam 1 ini ada 4 ITEM LENGKAP untuk SKIN TREATMENT & MAKEUP BEAUTY
CANTIK DALAM 3 MINIT DENGAN SET MAKEUP YARRA

Dalam set 4 in 1 ini ada:

50ML Yarra Xtra C Moisturiser
Fungsi:
- Memberi kelembapan & kesegaran pada kulit
- Membantu masalah kulit kering
- Mengatasi anti-aging
- Melindungi kulit dari garisan stress, penuaan, mengecilkan liang pori
- Melindungi kulit dari sinaran UV
- Membantu masalah tona kulit tak sekata
- Mengurangkan eyebag

50ML Yarra Xtra E Face Mist
Fungsi:
- Barang asas sebelum mekap
- Sempurnakan hasil selepas mekap
- Toner semulajadi
- Mencerahkan & memulihkan kulit kering
- Melindungi kulit dari kerosakan akibat pancaran matahari
- Antioksida tertinggi (400x ganda dari vitamin C)

8g Yarra DD Cream Foundation
Fungsi:
- Mengandungi SPF +30
- Ringan dan sesuai untuk semua jenis kulit
- Membantu mengatasi masalah utama pada kulit termasuk kemerahan, garis kedut, pori besar dan bintik hitam di wajah

FREE GIFT Yarra Kabuki Brush
Berusnya lembut dan bulunya semestinya HALAL ye. 


Hah nampak tak betapa ringkasnya solekan Juju lepas guna set 4 dalam 1 Yarra ni. Yang paling best, masa bersiap tu laju je. Zap zap zap siap. Sesuai untuk Juju yang memang malas nak bersolek. Muehehehe.

Boleh dapatkan produk ni di:

Whatsapp:

Facebook HQ:

Instagram: