Honda Bloggers Drive Johor Bahru 2019

Kasih Juju
Salam and Hi guys,

Pada 28 Ogos yang lalu, telah berlangsungnya program Honda Bloggers Drive di Johor Bahru. Alhamdulillah, Juju telah diberi kesempatan untuk merasai sendiri pengalaman memandu kereta Honda yang dibawakan khas untuk kami cuba pada hari itu.

Antara kereta yang kami cuba adalah Honda CRV 1.5L Turbo, Honda HRV 1.5L Hybrid dan Honda Civic 1.5L Turbo. Fuh, macam mimpi rasanya dapat memandu ketiga-tiga kereta ni.
Honda Bloggers Drive Johor Bahru 2019
Program pada pagi itu dimulakan dengan sedikit penerangan mengenai ciri-ciri yang ada pada setiap kereta ini. Bermula dari reka bentuk kereta itu sendiri sehinggalah kecekapannya di jalanraya. Masa penerangan ni berlangsung, kami semua masih dalam keadaan 'blurr'. Haha, sadis betul kalau tengok muka memasing.
Hi driving partner
Bila kami di bawa melihat sendiri kereta-kereta ni depan mata barulah kami faham. Macam ni rupa bentuknya apa yang diterangkan tadi. So, Juju pun dengan berbesar hatinya nak ajak korang untuk sama-sama menyaksikan kehebatan kereta Honda ni.
Flag Off by Ms Daphne
Nampak tak Juju tengah drive Honda CR-V tu?



Honda Sensing CR-V 1.5L Turbocharged
Honda CR-V 1.5L Turbocharged
Untuk model kereta CR-V ni dia menggunakan Advanced Safety Technology yang membawa maksud kereta dengan teknologi paling selamat untuk dipandu. Dan Juju sendiri memang tak boleh nak menyangkal dengan teknologi keselamatan yang dipertaruhkan.

Juju sangat suka dengan teknologi Adaptive Cruise Control (ACC), Forward Collision Warning (FCW) dan Lane Keep Assist System (LKAS). Nak tau sebab apa Juju suka dengan semua ni? Ha cuba korang bayangkan korang tengah memandu dalam kenderaan yang tengah sesak. Mesti korang asyik nak tekan brek dan control gear kan. So, dengan teknologi ACC ni, korang cuma perlu control stering kereta sahaja.
CR-V interior
Ha macam tak percayakan. Tapi percayalah, memang ada teknologi kereta yang canggih macam tu. Cara dia mudah je, kita setkan 30 km/j atau lebih dan biarkan kereta ini mengawal jarak dan gerak dengan sendiri. Fuhhh.. Canggih sangat nih.

Untuk FCW pula, fungsi dia adalah bila kita terlalu hampir dengan objek di depan, lampu amaran akan hidup secara automatik di skrin dashboard. Mula-mula Juju macam tertanya-tanya jugalah kenapa ada amaran tanda seru di dashboard. Rupanya Juju dah dekat sangat dengan kereta depan. Ha, masa tu cepat-cepat jaga jarak semula.

Dan untuk LKAS pulak dia akan auto detect line yang ada dekat atas jalan raya. Kalau kita tersasar, dia akan bawa kita kembali ke asal. Kalau korang nak tau, dekat skrin di dashboard tu kita sendiri boleh nampak line dekat atas jalan tu. Jadi keselamatan semasa memandu memang sangat-sangat terjaga.

Kalau bercakap pasal boot capasity memang tak boleh lawan keluasan CR-V ni tau. Kita boleh turunkan seat di bahagian tengah dan keluasan dia boleh mencecah sehingga 1084 liter. Besar gila wey. Ni kalau bawak pegi Ikea beli almari baju pun selamber je boleh masuk dekat dalam. Sangat practical.
Keluasan boot 1084 liter bila seat dijatuhkan semua

Boot yang sangat luas. Boleh hangkut semua benda bawa balik kampung.

Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharge
Honda Civic 1.5L Turbocharged
Juju suka betul dengan design Civic ni. Sangat-sangat sporty. Nampak je luaran dia macam kecil, tapi bila kita duduk dekat dalam sebenarnya dia luas tau. Selesa walaupun naik berlima.

Dan Juju suka dengan fungsi auto unlock bila kunci kereta tertinggal dalam kereta. Almaklumlah, kita ni orang perempuan kadang-kadang clumsy sangat. Pegang barang kiri kanan sampai lupa kunci kereta masih dalam kereta. Ha, kalau jadi situasi macam ni, korang memang tak perlu risau sebab kereta tu takkan terkunci sendiri.

Andai kata korang dekat luar tengah makan, tapi cuaca panas sangat. Mesti korang dah terfikir nak masuk dalam kereta nanti mesti panasnyalah hai. Ha, dengan sistem auto start yang ade dekat remote kereta ni korang boleh hidupkan enjin dan sejukkan dulu kereta ni dengan pintu yang berkunci. Wow sangat.

Bonet pun korang nampak macam kecik je kan. Tapi sebenarnya dia sangat luas tau. Kalau korang anak ramai pun takde masalah. Boleh sumbat je semua. Macam gambar dekat bawah ni. Keluasan bonet dia boleh mencecah sehingga 519 liter.
Juju suka dengan boot dia ni. Betul-betul luas.

Kelebihan yang ada pada enjin dia adalah, walaupun enjin dia hanya 1.5L, tetapi performance dia sama dengan enjin 2.4L. Hah, nak tau sebab apa? Sebabnya dia dibangunkan dibawah Honda Earth Dreams Technology.

Dan kalau korang nak tau, kereta ni juga sangat jimat minyak. Memang sesuai sangat dengan keperluan Juju sekarang ni. Haha, Juju bukan mencari alas untuk tukar kereta tau. Juju baru nak survey je. Kereta-kereta yang jimat minyak ni memang masuk dalam list awal-awal.

Honda HR-V 1.5L Sport Hybrid i-DCD
Honda HR-V Hybrid
Varian Honda yang ni pun memang menarik perhatian Juju juga tau. Dengan design dia yang memukau pandangan. Memang tak lepas mata memandang. Haha, dah macam fanatik tengok artis K-Pop gayanya.

Kombinasi motor elektrik High Power Lithium Ion Battery dan enjin 1.5L dengan direct injection memastikan keghairahan memandu setanding dengan enjin 2.0L disamping memastikan pembakaran bahan api dengan cekap dan berkesan.
HR-V interior

Honda HR-V interior

Kereta ni juga dilengkapi dengan 7 kelajuan dual clutch transmission dengan kuasa motor elektrik yang tinggi. Dual clutch memastikan gear ditukar dengan cepat untuk meningkatkan penggunaan kuasa motor elektrik.

Sama seperti CR-V, HR-V juga mempunyai keluasan boot sehingga 991 liter. Sangat luas untuk memuatkan basikal dan juga alatan perkhemahan korang. Ianya juga dilengkapi dengan 6 airbags. 2 di depan, 2 di tepi dan 2 lagi di tepi tingkap.
Boot HR-V juga sangat-sangat luas. Sesuai untuk perjalanan jauh.

Terima Kasih 900K
Jadi, bersempena dengan 900,000 unit milestone campaign, Honda dengan berbesar hati nak hadiahkan korang 9 buah kereta. Yes, betul apa yang korang baca ni. Honda nak bagi kereta free weh. Jom cepat-cepat rebut peluang ni sebelum habis.

Ada 4 cara yang boleh korang menang kereta-kereta Honda ni. Cara-caranya adalah:-

1/ Honda Malaysia
Klik gambar untuk lebih jelas
Cara yang pertama ni mudah sangat-sangat.
  1. Layari https://www.honda.com.my/microsite/900k/
  2. Klik New Entry dan isi butiran anda.
  3. Klik Submit. Pengesahan melalui e-mel akan dihantar kepada anda.
  4. Kunjungi pengedar sah Honda berdekatan anda.
  5. Di pengedar sah Honda, layari semula honda.com.my.microsite/900k
  6. Klik Existing Entry dan masukkan nombor kad pengenalan anda
  7. Selesaikan salah satu atau kesemua aktiviti untuk mendapatkan e-tiket
  8. Masukkan emel pengedar Honda
  9. E-tiket akan di e-mel kepada anda
  10. Hadiri Grand Finale pada hujung bulan September 2019.
Pengedar Sah Honda Batu Pahat

2/ Tealive X Honda
Honda X Tealive : Road To Breakthrough standee
Untuk menyertai di Tealive pun mudah juga. Cara-caranya adalah:
  1. Ambil gambar air Tealive anda dan Tealive X Honda : Road to Breakthrough standee
  2. Lengkapkan slogan "Tealive dan Honda adalah......" tidak melebihi 90 patah perkataan.
  3. Hantarkan penyertaan anda melalui aplikasi Whatsapp di nombor yang tertera dekat flyers dalam standee tu.
Kalau korang nak tengok contoh selfie boleh tengok gambar Juju dekat bawah ni ya. Slogan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. 
Contoh selfie...

3/ SYOK-nya menang Honda!
Klik gambar untuk lebih jelas
Kalau korang memang peminat setia Radio Astro mesti korang dah banyak kali dengar pasal iklan Honda ni kan. Cara-cara penyertaannya teramat mudah.

Korang cuma perlu download aplikasi Syok di app store atau play store cari banner iklan SYOK-nya menang Honda. Dan nyatakan kenapa korang layak untuk memenangi sebuah kereta Honda dan seterusnya lengkapkan butiran peribadi korang.

Senang giler wey.

4/ unifi X Honda
#khabarbaik
Last but not least, kalau korang pelanggan Unifi, korang juga boleh menang kereta Honda ni. Cara-caranya adalah:

  1. Muat turun myunifi app di App Store ataupun Google Play.
  2. Kemaskini profil anda dan jawab soalan yang diberikan.
  3. Submit dan anda berpeluang untuk memenangi Honda HR-V Hybrid.
Jadi, apa yang duduk termenung lagi tuh? Cepat sertai kempen ni sekarang jugak. Jangan menyesal dikemudian hari pula nanti ya.

Wassalam.