Latest

15 October 2019

Marrybrown Membawakan Keriangan di Hospital Sultan Ismail dengan MB Playland

Pada 10/10/2019 yang lalu, Juju dan rakan-rakan telah menyertai program CSR Marrybrown dibawah Marrybrown Charities Association. Bila bercakap pasal Marrybrown, Juju suka sangat makan Tower Burger dia. Korang dah cuba belum? Masa Juju dekat Kota Tinggi haritu, Juju memang akan ke Marrybrown kalau takda kawan nak makan. Beli dan tapau makan di pejabat. Memang kenyang tau.

Okeh, berbalik pada program CSR Marrybrown ni, pihak Marrybrown dengan berbesar hatinya telah berkerjasama dengan Hospita Sultan Ismail, Johor bagi pembukaan dan penyerahan MB Playland iaitu kawasan permainan untuk kanak-kanak yang telah ditempatkan di kawasan wad kanak-kanak hospital itu.

Kerjasama ini dibuat dengan berobjektifkan penyebaran keriangan di kalangan kanak-kanak di hospital. Ianya juga merupakan satu inisiatif Marrybrown yang inginkan suasana yang ceria disamping mengekalkan suasana kerja yang positif di hospital tersebut.

Pengerusi Marrybrown Charities Association, Dato' Lawrence Liew berkata
We are very proud to collaborate with Hospital Sultan Ismail as we open the first MB Playland here in Johor Bahru.  Marrybrown targets to raise a positive thinking and confident child through MB Playland,  which serves as an appropriate distraction especially for young patients coming for treatment.  There is a need for children to play and enjoy themselves even while waiting for medical treatment and Hospital Sultan Ismail is proven to have the perfect space to develop a playland in its premise.
Dengan memberi tumpuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, ibu tunggal dan warga emas, Marrybrown berhasrat untuk memberikan kehidupan yang lebuh berkualiti dengan menyediakan kemudahan pembelajaran yang betul dan kebajikan mereka juga terpelihara. 


Membantu mereka yang memerlukan tidak semestinya dengan sumbangan duit, memahami latarbelakang asal usul mereka juga sedikit sebanyak dapat mendekatkan diri kita dengan mereka dan sekaligus kita dapat memahami kehendak mereka.

Selepas MB Playland, Marrybrown Charities Association akan lebih tertumpu kepada pengumpulan sumbangan dengan mengadakan lebih banyak lagi program-program kebajikan dan aktiviti yang melibatkan orang awam sebagai sebahagian daripada aktiviti CSR mereka. Tambahan pula Marrybrown akan meletakkan kotak derma di setiap cawangannya di mana sesiapa pun boleh memberikan sumbangan mereka.


Sejak penubuhan Marrybrown yang pertama pada tahun 1981, Marrybrown telah membangun dengan cemerlang sebagai rantaian restoran makanan segera pertama dan terbesar di Malaysia. Dengan lebih 500 lokasi di 16 negara. Sebagai produk keluaran Malaysia, Marrybrown sentiasa komited untuk memberikan pelbagai lagi program di bawah Marrybrown Charities Association kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, ibu tunggal dan juga warga emas.
JDT Blogger

Juju suka sangat join event CSR macam ni sebab dengan program-program macam nilah kita akan dapat mendekatkan diri dengan golongan yang kurang bernasib baik ini. Dalam masa yang sama ianya memberi kesedaran untuk Juju membuka mata bahawa ada lebih ramai lagi dekat luar sana yang betul-betul kurang berkemampuan.



Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown boleh layari:

Laman web rasmi: www.marrybrown.com

2 comments:

Anum said...

alhamdullilah

kisah si dairy said...

betul..setuju sangat...bila kita pergi ke event CSR ni, bukan sahaja menyedarkan kita, malah memberi kan mereka sedikit kegembiraan buat mereka kan juju