Pelancaran Chillax Market di EduCity Iskandar Malaysia

Kasih Juju
Pada 12 Oktober 2019 yang lalu, bertempat di EduCity Iskandar Malaysia yang merupakan sebuah hub pendidikan yang mampu mengumpulkan 5,000 orang termasuk pelajar dari 9 universiti berprestasi tinggi iaitu University of Southampton Malaysia, Multimedia University, University of Reading Malaysia, Newcastle University Medicine Malaysia, Netherlands Maritime Institute of Technology, Management Development Institute of Singapore, Ruffles University, Malborough Collage Malaysia dan Raffles American School, kakitangan, Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB), X Johore Motorsport dan penduduk tempatan telah berkumpul bagi sama-sama menjayakan Karnival Sukan EduCity.

Karnival Sukan EduCity menyediakan perkhidmatan sukan yang terdiri daripada lebih 6 jenis sukan luar dan dalam termasuklah futsal, bola jaring, bola keranjang, badminton, ping pong dan tarik tali. Program ini termasuklah pameran Auto Show Tournament dengan kerjasama X Johore Motorsport Scene. Setiap program yang dianjurkan melibatkan pelajar, kakitangan dan penduduk tempatan.

Program itu juga telah menyaksikan pelancaran Chillax Market yang merupakan sokongan yang berterusan daripada pelajar yang menginginkan pengalaman dalam bidang keusahawanan dan dalam masa yang sama menaik taraf hubungan sosial pelajar dengan masyarakat setempat. Chillax Market dengan kerjasama PUJB merupakan satu landasan untuk memperkenalkan usahawan-usahawan di kalangan pelajar di samping memupuk semangat keusahawanan dikalangan mereka. Peserta Chillax Market ini juga merupakan 44 peniaga kecil dan sedehana di Johor.

Terdapat juga 15 gerai yang dikendalikan oleh pelajar dan kakitangan sebagai sebahagian daripada "Cabaran Keusahawanan yang Sebenar". Pelajar perlu perlu membentuk entiti perniagaan, mengemukakan pelan perniagaan dan melaksanakannya dengan menjalankan perniagaan semasa karnival.

Pada hari pelancaran itu juga, JIMI, yang merupakan maskot bagi SUKMA 2020 (Harimau Malaya) yang akan diadakan pada bulan Julai 2020 akan dipakai oleh salah seorang pelajar yang menginap di Student Village, Educity Iskandar Malaysia. Dan untuk pengetahuan korang, EduCity Iskandar merupakan host untuk pertandingan bola jaring dan bola sepak untuk SUKMA 2020.

Dekat Chillax Market ni ada pelbagai varian barangan yang di jual. Antaranya aksesori pakaian, pakaian keluaran dari pelajar di Fakulti Fashion Design, Raffles University, gerai informasi mengenai unversiti, minyak wangi, sabun organik, barang-barang pre-loved dan pelbagai lagilah makanan yang ade dijual di sini.
Chillax booth

Food truck
Perasmian pembukaan Chillax Market ini telah disempurnakan oleh YB Sheikh Umar Bagharib Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

Untuk penduduk sekitar Gelang Patah dan yang berhampiran, boleh serbu Chillax Market pada setiap hari Rabu bermula jam 3.00 petang.

Sebarang maklumat lanjut boleh ke www.iskandarinvestment.com