Kuih Lapis
Resepi Kuih Lapis

Bahan-bahan :
3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat (lebih kurang 1200ml)
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara-cara.
1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang .
2. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
3. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
4. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil. Tapiskan
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
7. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang.
8. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang sesendul lagi adunan merah.
9. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
10. Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong