Resepi Kuih Seri Muka

Seri Muka
Resepi Kuih Seri Muka

Bahan lapisan bawah:
500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp garam halus

Cara:
1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam.
2. Basuh bersih dan toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dalam loyang yang beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. Tekan-tekan dalam loyang 10x10x2".

Bahan lapisan atas:
250gm gula castor*
100gm tepung kastard*
400ml santan pekat*
400ml air*
20gm daun pandan - diblender dengan air diatas dan tapis ketepikan*
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence
Pewarna hijau - secukupnya

Cara:
1. Satukan bahan bertanda *, kacau rata dan masukkan bahan-bahan lain, kacau hingga sebati.
2. Tapis ke dalam periuk dan masak. Kacau hingga naik wap, sekejap je.
3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
4. Sejukkan dulu barulah potong menggunakan pisau plastik.

Catat Ulasan

1 Ulasan

“More smiling, less worrying. More compassion, less judgement. More blessed, less stressed. More love, less hate.”
― Roy T. Bennett, The Light in the Heart

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)