NUViT Daily Defender dan NUViT Sunblox Padanan Terbaik untuk Menghalang Pancaran Sinaran Matahari

Kasih Juju
Hai semua,
Harini Juju nak share dengan korang produk terbaik untuk korang yang selalu terdedah dengan cahaya matahari. Yang tak berapa nak terdedah sangat pun boleh cuba. Sebab Juju pun dah cuba dan hasil dia memang sangat memuaskan.

Krim penghalang cahaya matahari

Kalau korang nak tau, ramai antara kita yang ambil mudah pasal penggunaan sunblock ni. Macam Juju sendirilah, guna sunblock hanya bila nak buat aktiviti air je. Selain daripada tu buat endah tak endah je. Rasa tak penting pun. Tapi rupa-rupanya penggunaan sunblock ni sangat banyak hikmahnya untuk kesihatan kulit muka.

  UVAUVB 
 Punca masalah kulit 
Diserap sehingga lapisan kedua 
kulit iaitu dermis.
Diserap hanya oleh lapisan pertama kulit 
epidermis.
 Akibat sinaran
Akan menyebabkan masalah
kulit seperti penuaan. Kedutan 
pada kulit muka.
Kulit mudah terbakar atau sunburn terutama
sekali semasa melakukan aktiviti riadah
seperti bersukan dan berkelah di pantai.
Tona kulit jadi tidak sekata. 

Langkah untuk mengelakkan iritasi wajah.
  • Pertama: Sila pastikan anda tahu jenis kulit anda sama ada ianya tergolong dalam golongan kulit kering, berminyak atau kulit kombinasi.
  • Kedua: Jika anda mengalami alahan, kenal pasti jenis bahan dan produk yang mungkin menyebabkan alahan anda menjadi teruk.
  • Ketiga: Pastikan skincare yang anda gunakan adalah selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan kimia. Bukan apa, takut nanti bila guna sunblock jadi breakout yang teruk pada wajah sebab wujudnya reaksi kimia.
Jenis kulit muka dan pemilihan sunbloock.
Kulit kering: Bagi anda yang ada masalah kulit kering, pilihlah sunclock yang ada formula melembapkan kulit wajah. Ada beberapa bahan yang digunakan untuk melembapkan kulit wajah iaitu lanolin, ekstrak minyak buah-buahan atau bijian macam almond. Selain itu, anda boleh juga check sama ada produk tu ada kandungan dimethicone atau tidak. Dimethicone juga sangat baik untuk kulit.

Baca sini: bangi wonderland

Ada tiga jenis sunclock yang anda boleh gunakan iaitu dalam bentuk krim, minyak atau losyen. Ambil perhatian! Losyen likatannya lebih pekat berbanding krim. Jadi jangan salah pilih.

Kulit yang mempunyai alahan atau berjerawat:  Bagi anda yang ada masalah alahan pada kulit ni, elakkan je terus semua produk yang ada bahan penyebab masalah pada wajah anda. Jangan termakan pujuk rayu iklan. Tengok ja ada bahan yang tak okay terus ja reject!

Bagi yang kulit berjerawat pulak anda kena tahu lah yang bahan-bahan macam alkohol, paraben dan pewangi tak baik untuk kulit anda. Kalau boleh jangan beli produk macam ni. Makin teruk kulit anda nanti. Lagipun, kulit berjerawat kan sensitif dengan matahari sebab tu anda perlukan perlindungan sunblock untuk halang cahaya UVB sebab nanti boleh jadi iritasi.

Elakkan penggunaan produk dari jenis gel. Pilih sunblock yang tekstur light krim. Senang produk tu meresap pada kulit dan tak nampak berminyak.

Kulit yang mempunyai tona tak sekata/ kulit gelap: Mesti ramai yang rasa, kalau kulit gelap sunblock dah tak penting. Sebenarnya bukan macam tu. Setiap kulit ada pigmentasinya yang tersendiri. Tapi itu tak bermakna mereka yang berkulit gelap dikecualikan daripada menggunakan sunblock.

Jangan bimbang kalau anda risau pakai sunblock buat kulit anda nampak tak sekata, pilih la sunblock dari jenis light krim. Sapu sikit saja. Itu sudah memadai. Make sure sapu dengan rata tau!

(Source: siraplimau.com)

NUViT Daily Defender - Lightweight Moisturizing Sunscreen
NUViT Daily Defender

Kalau korang nak tau, Juju suka sangat dengan tekstur sunblock NUViT ni. Sebab dia sangat ringan dan cepat meresap. Takda langsung rasa berminyak. Memang sesuai sangat untuk kulit Juju yang ada alahan dan berjerawat ni.

Tekstur yang ringan

NUViT Daily Defender ini dilengkapi dengan SPF 50+*** dan sangat sesuai untuk digunakan setiap hari bagi mengelakkan sinaran UVA dan UVB, bebas radikal dan pencemaran udara. Dengan formula yang ringan ianya menjamin kulit wajah bebas minyak, penyerapan yang cepat dan melembabkan kulit.

Dan yang paling menarik perhatian Juju adalah produk ini tidak mengandungi paraben, alkohol dan pewangi


NUViT SunbloX - Nutrironal Beverage with NutroxSun
NUViT SunbloX

NUViT SunbloX adalah minuman oren dan lemon yang mengandungi bahan yang dipatenkan- NutroxSun yang berasaskan tumbuhan dan diperbuat daripada ekstrak Citrus dan ekstrak Rosemary, serta bahan-bahan berkhasiat lain seperti kolagen ikan dan ekstrak Polupodium Leucotomos.

4 bahan semulajadi yang terdapat di dalam NUViT SunbloX membantu kesihatan kulit
  • Polypodium Leucotomos - mengurangkan kemerahan dan kegelapan kulit setelah pendedahan matahari
  • NutroxSun - mengimbangi penjanaan spesis oksigen reaktif yang disebabkan oleh radiasi UV yang akan menyebabkan penuaan kulit pramatang
  • Kolagen - meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kerut;
  • Polypodium Leucotomos dan NutroxSun - membantu mencegah kerosakan kulit yang di sebabkan oleh UV akibat pendedahan kepada sinaran matahari yang mana menyebabkan apoptosis sel, kerosakan DNA dan tumor kulit.
Sachet

Dalam satu kotak NUViT SunbloX ni ada 15 sachet. Cara penyediaan pulak mudah je. Cuma campurkan 1 sachet dengan 180ml air. Kacau dan sedia untuk diminum. Rasa dia macam minum air oren, cuma ada ekstra macam bau halia sikit. Hehe, nak cantik kan. Jangan banyak songeh yek.

Mix 1 sachet with 180ml water

Jadi, persoalannya dekat sini, kenapa kena pakai NUViT Daily Defender dan minum NUViT SunbloX pulak? Ha sebabnya kita ni kenalah jaga luaran dan dalaman kulit muka kita. Bila dalaman kita bersih, barulah tak keluar semua jerawat dekat muka tu. 

So dekat mana boleh dapatkan kedua-dua produk ni? Jom layari: