Review - Sensenique Natural Shampoo dan Sensenique Natural Conditioner

Kasih Juju
Bertukar Kepada Penjagaan Rambut Yang Tiada Mengandungi Betaina, Sulfat, & Silikon - Fakta Yang Perlu Diketahui
Sensenique Natural

Buih
Syampu ini tidak mengeluarkan buih yang banyak seperti syampu yang biasa anda gunakan. Namun, tidaklah bermakna syampu ini tidak membersihkan rambut anda, atau anda perlu menggunakan lebih banyak syampu daripada biasa. Rambut anda mestilah benar-benar basah sebelum anda menggunakan syampu penjagaan Sensenique Natural.

Anda menambahkan air supaya menikmati pembersihan yang berkesan dan bukannya menambahkan lebih , seperti yang biasa anda lakukan. Justeru, anda menggunakan kuantiti produk yang sedikit untuk memperoleh kesan pembersihan yang lebih baik.

Keadaan rambut selepas menggunakan syampu penjagaan Sensenique Natural
Kulit kepala anda mungkin mengambil masa seawal 2-3 minggu hingga selewat 1-2 bulan untuk serasi apabila anda bertukar kepada cara penjagaan rambut yang benar-benar semula jadi. Pada permulaannya, rambut anda mungkin terasa sedikit kering dan kasar. Ini merupakan tempoh penyesuaian untuk syampu ini membantu rambut anda dinyahtoksik daripada semua saki-baki lapisan kimia.

Selepas tempoh penyesuaian ini, anda akan mendapati bahawa rambut anda lebih lebat dan teksturnya lebih seimbang. Hasilnya, anda akan memperoleh rambut dan kulit kepala yang lebih sihat.
Untuk kulit kepala, rambut dan kulit yang sihat

Cara untuk menggunakan penjagaan rambut TIADA Silikon, Sulfat & Betaina yang betul
  • Pastikan rambut anda benar-benar basah sebelum menggunakan syampu. Jika rambut anda tidak betul-betul basah, sukar untuk menggunakan produk dan meratakannya pada rambut anda.
  • Gunakan lebih banyak air, bukannya lebih banyak produk. Anda sebenarnya memerlukan kuantiti yang sedikit sahaja. Jika anda mahukan lebih banyak buih, gunakan lebih banyak air, bukannya lebih banyak produk. Air akan membantu untuk mengaktifkan syampu dan memudahkan syampu merata ke seluruh rambut anda.
  • Bersyampu sebanyak dua kali. Jika rambut anda tebal atau kasar, bersyampu sebanyak dua kali. Pada kali yang kedua, syampu akan lebih mudah berbuih dan rambut yang tebal atau kasar dapat dibersihkan dengan lebih mudah dan lebih berkesan.
  • Bilas rambut anda dengan sempurna. Sebarang sisa syampu akan menjadikan rambut anda terasa berat.
  • Susuli dengan perapi. Gunakan jari jemari anda untuk meratakan perapi daripada bahagian tengah panjang rambut hingga ke hujung (kulit kepala tidak perlu disapu dengan perapi, terutamanya jika rambut anda halus atau berminyak). Kemudian bilas dengan sempurna.

Nota: Formula kami tidak mengandungi Kokamidopropil Betaina, Koko Betaina, Sodium Lauret Sulfat (SLS), Sodium Lauril Sulfat (SLES) dan Ammonium Lauret Sulfat (ALS).

Untuk kemudahan pelanggan, Sensenique Natural menggunakan pek pam dispenser terkunci untuk syampu, pembersih badan dan perapi. Untuk membuka pam, pusingkan pam mengikut lawan arah jam. Untuk menutup dan mengunci pam, hanya tekan pam sehingga ke bawah dan pusing mengikut arah jam sepenuhnya. Ini bertujuan mengelakkan kebocoran dan amat sesuai untuk dibawa mengembara.

Review Juju
Okeh Juju dah try dah syampu ni, dia memang tak banyak buih. Jadi senang bila kita nak bilas. Perapi dia pun senang nak apply. Rambut dan kulit kepala rasa segar sangat. Bau dia kuat sangat bau halia dia tuh. Mula-mula rasa macam best ke syampu ni? Tapi lepas cuba baru Juju faham.

Lagipun kandungan dia organik tau. Jadi korang tak payah risau dengan bahan-bahan kimia yang pada mulanya memang nampak menyihatkan, tapi lama kelamaan korang akan rasa akibat dia. Hah! Seram kan. 

Jadi bertukarlah kepada syampu organik ni. Dijamin tidak memberikan masalah kesihatan di kemudian hari.

Syampu dan perapi Sensenique Natural

Tekstur syampu

Tekstur perapi

Untuk maklumat lanjut, boleh ke: