Julai Kembali, Selamat Bersekolah Semula

Kasih Juju
Hai semua,
Alhamdulillah, harini 1 Julai dak Firash dah mula bersekolah. Ragam dia pagi ni nak menangis masa suruh mandi. Hadoi. Memang dah agak dah ada drama air mata. Maklumlah, lama sangat cuti. Dari pertengahan bulan tiga sampai habis bulan Jun. Bahagia sangat duduk rumah. 

Juju pun nervous juga tau nak hantar anak ke sekolah ni. Maklumlah, dengan keadaan Civid-19 yang masih belum reda ni. Pandai ke tidak anak tu buat penjarakan sosial. Budak-budak ni bila dah jumpa kawan-kawan dia memang nak main je kerjanya. Bukan faham pun pasal penjarakan sosial.

Basuh tangan pun jarak 1 meter okeh

Dekat rumah pun jenuh jugalah Juju ajar dia pasal adab bersin, batuk, cara yang betul cuci tangan. Cikgu memang dah bagitau awal-awal memang tak galakkan anak-anak guna hand sanitizer sebab kandungan alkohol. Lagi teruk kalau anak tu ada masalah kulit. Takut makin melarat. Jadi cikgu akan sediakan tong air dan sabun dekat pagar sekolah.

Bekas makanan tak payah kongsi-kongsi

Kedudukan dalam kelas pun cikgu dah susun siap-siap. Jarak 1 meter. Beg sekolah pun tak payah bawa. Apa yang membuatkan Juju yakin nak hantar Firash sekolah semula sebab sekolah dah sediakan satu mesin sanitasi. Mesin ni akan digunakan sebelum dan selepas anak-anak sekolah. Jadi kita tawakal jelah yek.

Demo mesin sanitasi

Sampai bila nak duduk rumah? Asyik tengok tv je. Sekarang ni dak Yash suka tengok kartun My Little Pony. Ah sudah. Tu bukan kartun budak perempuan ke? Meriah warna kartun tu. Hadoi. Tak pelah. Mama layankan jugak sebab dia tengok kartun yang bahasa Inggeris. 

Okeylah, sama-sama kita doakan semoga anak-anak kita yang mula bersekolah harini terhindar dari sebarang penyakit yang berbahaya. InsyaAllah, aaminnn.

Nah belanja gambar budak naik sekolah harini.







Tags