10 Tempat Menarik di Negeri Johor

Kasih Juju
Hai korang,

Harini Juju nak kongsi dengan korang tempat-tempat menarik yang boleh korang pergi bila ke Johor ni. Macam Juju sendiri pun masih ada tempat yang belum sempat Juju nak explore. Jadi sementara ada kesempatan ni, Juju nak jalan-jalan dulu dekat negeri kelahiran Juju ni.

10 Tempat Menarik di Negeri Johor

10 Tempat Menarik di Negeri Johor

1. Malay Cultural Village
Siapa sangka dekat Johor pun ada Malay Cultural Village. Selama ni kita cuma tau dekat Melaka je kan. Tapi yang di Melaka tu lebih kepada muzium. Tapi yang di Johor ni berbeza sedikit. Apa yang berbezanya? Ha bezanya adalah dekat sini korang boleh rasa sendiri pengalaman tebar roti canai, buat air teh tarik, mencanting batik dan pelbagai lagilah yang berkaitan dengan budaya melayu kita. 

Jadi kalau korang ada saudara yang memang tak faham pasal adat resam orang melayu, bolehlah bawa dia datang ke Malay Cultural Village ni ya. Untuk baca pengalaman Juju boleh baca dekat sini 
--> MALAY CULTURAL VILLAGE

10 Tempat Menarik di Negeri Johor
Peta Malay Cultural Village

2. Forest City
Secara jujurnya Juju baru sekali je pernah sampai dekat Forest City ni. Tu pun bawa rombongan koperasi. Hehe. Tapi memang tak dinafikan. Memang cantik suasana di Forest City ni. Tak rasa berada di Johor pun. Rasa macam kita dekat luar negara tau.

Masa Juju datang tu ada macam pesta street food kot. Tapi sebab rata-ratanya yang menjual adalah kaum cina, jadinya Juju tak berani nak mencuba. Ada juga swimming pool untuk kanak-kanak. Percuma je tau. Ha kalau nak tau lebih jelas boleh baca dekat sini --> FOREST CITY

10 Tempat Menarik di Negeri Johor
Forest City

3. B5 Johor Street Market
Ini adalah merupakan satu tarikan terbaru di Negeri Johor. Reka bentuk dan keadaan sekelilingnya adalah berkonsepkan warisan dan keindahan Johor yang akan membawa anda kembali ke Johor Lama. 

Okeh, dalam B5 Johor Street Market ni pulak dia terbahagi kepada 5 bahagian utama iaitu;
  1. Retail bazar
  2. Seni dan budaya
  3. Box Park
  4. F & B (makanan dan minuman)
  5. Food Truck
Baca pun dah menarik. Haritu Juju lalu dah nampak dah B5 ni. Tapi sebab Juju sensorang makanya memang tidaklah nak menyinggah. Teringin juga nak teroka tempat ni. Lagi-lagi bila tau ada tempat untuk food truck dan retail bazar tu. Almaklumlah, Juju ni memang suka tempat-tempat yang berkonsepkan pasar malam ni.

Info lanjut boleh baca di --> B5 Johor Street Market

10 Tempat Menarik di Negeri Johor
B5 Johor Street Market

4. Umbrella Alley, Muar.
Umbrella Alley ini juga merupakan tarikan terbaru di Muar. So kalau korang ke Muar, ini adalah salah satu tempat yang wajib korang singgah ya. Masa Juju ke Muar tahun lepas tempat ni belum ada lagi. Jadi Juju kene repeat stay dekat Muar ke cemane ni? Haha, alasan nak bercuti-cuti.

Selain daripada payung ni, ada juga mural-mural yang cantik sangat. Ha mural yang macam mana tu? Kalau nak tau boleh teruskan pembacaan korang di --> Umbrella Alley, Muar.

10 Tempat Menarik di Negeri Johor
Umbrella Alley, Muar

5. VRinity Malaysia
Untuk kaki gamers, korang wajib cuba VRinity ni tau. VR tu maksudnya Virtual Reality. VRinity ini merupakan sebuah pusat hiburan yang mengetengahkan konsep teknologi realiti maya sepenuhnya, antara yang pertama di Malaysia khususnya di Johor Bahru. 

Melangkah masuk je dalam VRinity ini korang akan disajikan dengan pemandangan pelbagai ruang interaktif merangkumi keluasan tiga lot kedai di ground floor Mall of Medini. Untuk merasa sendiri dan maklumat lanjut mengenai tempat ini, korang boleh baca di --> VRinity Malaysia.

10 Tempat Menarik di Negeri Johor
VRinity Malaysia

6. Kolam Puteri, Gunung Ledang, Muar.
Mengikut sejarah, Kolam Puteri merupakan tempat bersiram bagi Puteri Gunung Ledang, puteri yang menolak pinangan Sultan Mahmud. Kalau dalam filem pulak, di kolam inilah tempatnya Puteri Gunung Ledang (Tiara Jacquelina) dan Hang Tuah (M.Nasir) berjumpa. Fuh terus ter'flashback' cerita Puteri Gunung Ledang ni dalam kepala.

Kalau korang nak tau, tempat ni juga sesuai untuk dijadikan aktiviti santai bersama keluarga. Sambil-sambil bermain air boleh juga menikmati keindahan alam semulajadi flora dan fauna yang ada di kawasan ini. 

Untuk lebih gambar dan maklumat lanjut boleh baca di --> Kolam Puteri, Gunung Ledang, Muar

10 Tempat Menarik di Negeri Johor
Gunung Ledang

7. Pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor
Lepas mandi air terjun, kita beralih ke pantai pulak.Ha, walaupun Juju pernah kerja di Kota Tinggi tapi Juju belum pernah lagi ke pantai Desaru ni. Hehe, memang kerja semata je kan. Tak sempat nak menikmati pemandangan indah ni. 

Nampaknya kena plan berkelah dekat sini pulak. Muehehe.. On jelah. Boleh cuci mata tengok gambar dekat --> Pantai Desaru, Kota Tinggi

10 Tempat Menarik di Negeri Johor
Pantai Desaru

8. Kolam Renang AMA Resort, Muar
Okeh, masih lagi dengan konsep mandi-manda, kali ni Juju nak bawa korang ke kolam renang pulak. Sebenarnya tempat ni sesuai untuk dijadikan destinasi untuk reunion ataupun untuk training. Sebabnya dekat sini bukannya ada kolam renang semata-mata, ada juga disediakan tempat tinggal.

Bolehlah Juju masukkan dalam list tempat untuk buat family reunion nanti. Besar dan cantik tempatnya. Korang nak tau cantik yang macam mana boleh baca di --> Kolam Renang AMA Resort.

10 Tempat Menarik di Negeri Johor
AMA Resort & Training

9. Kiddomo Discovery RnF Mall
Kiddomo Discovery Johor ni adalah salah satu tempat menarik di Johor yang boleh korang terjah apabila korang bercuti bersama keluarga di sini.Sambil cuci mata di persekitaran RnF Mall ni, bolehlah meluangkan masa dengan anak-anak dengan permainan yang dapat  merangsang otak anak-anak. 

Dekat sini bukan anak-anak je seronok, mak-mak pun seronok juga tau. Kita boleh lepas je anak-anak teroka sendiri tempat ni. Mak-mak pun boleh je kalau nak join sekali. Kalau tak nak join ada ruang untuk korang merehatkan diri.

Baca lebih lanjut lagi di --> Kiddomo Discovery Johor

10 Tempat Menarik di Negeri Johor
KIDDOMO Discovery

10. Skyscape Johor Bahru
Skyscape @ Menara JLand ini mengenengahkan konsep ruang hiburan diudara atau dikenali sebagai aerial intertainment space. Ianya juga menampilkan gabungan teknologi hiburan pada ketinggian 149 meter dari aras tanah. Hah, korang takut tinggi tak? Cabarlah diri ke Skyscape ni.

Sebelum korng terus naik ke tingkat 34 untuk menrasai sendiri pengalaman berjalan di atas lantai kaca, korang bolehlah berlegar-legar dulu di ruangan bawah kawasan ini. Ada macam-macam daya tarikan yang boleh korang cuba. 

Boleh baca selanjutnya di --> Skyscape Johor Bahru.

10 Tempat Menarik di Negeri Johor
Skyscape Johor Bahru
-----------------------------------------------------------------------------------------
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat Juju kumpulkan untuk rujukan korang dan juga rujukan diri Juju sendiri. Nama je orang Johor. Tapibelum sempat lagi nak jelajah ke semua tempat. Sementara pintu sempadan negara belum di buka ni, makanya marilah kita bercuti dalam negara.