Hai semua,
Bersempena dengan bulan Ramadhan ni, S.D.S telah melancarkan menu baru yang telah diinovasikan oleh chef kafe ini. Bila seharian kita dah berpuasa, mestilah kita nak makan atau berbuka dengan sesuatu yang sedap dan enak. Mengambil peluang di bulan puasa ini, chef kafe ini telah mencipta 'Nasi Soto' sebagai menu barunya.
Macam yang kita tahu, soto ni selalunya kuah sup. Tapi kali ini, chef kafe ini menggunakan rempah soto dalam menghasilkan nasi soto. Untuk lauk pula, korang boleh pilih samada nak ayam berempah, prawn paste chicken chop, thai chili seafood atau rendang daging.
Menu ini didatangkan sekali dengan cili kicap, acar sayur, salad, telur rebus, papadom, kurma dan 3 biji karipap. Semuanya didalam 1 pinggan. Cukup lengkap dah hidangan untuk berbuka. Harga bermula dari RM19.90++ hingga RM 23.90++. Untuk air pula, korang boleh pilih susu kurma panas, ais soya bandung kurma atau ais susu kurma dengan boba dengan harga serendah RM4.90++ sahaja. kalau nak beli secara ala carte pula harganya adalah RM7.90++.
![]() |
| Nasi soto with prawn paste chicken chop |
![]() |
| Nasi soto with thai chilli seafood |
![]() |
| Nasi soto with ayam goreng berempah |
![]() |
| Nasi soto with rendang daging |
Menu istimewa ini hanya boleh didapati bermula 13 April sehingga 31 Mei 2021 sahaja. Ha, kalau agak-agak dah jemu makan lauk raya bolehlah makan dekat SDS pula. Nak dine-in boleh, tapau bungkus bawa balik pun boleh. Ikut keselesaan masing-masing ya. Macam Juju, Juju suka tapau dan makan dekat padang atau dataran yang open air. Fuh, syahdu weh. Berbuka puasa sambil menyaksikan langit senja.
Dan bersempena dengan Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi, SDS juga ada keluarkan hamper hari raya yang lengkap dengan biskut raya, Harga pula bermula dari RM30.80 hingga RM33.80. Antara biskut raya yang boleh korang dapatkan adalah:
- Tart Nenas
- Biskut coklat
- Melting almond cookies
- Biskut kacang
- Almond and seed crisp
- Biasa
- Prun
- Pandan
- Durian
- Aidilfitri Gift Set RM58.00
- Mesra Gift Box RM98.00
- Ikhlas Hamper RM148.00
- Syawal hamper RM194.00
- Lebaran Hamper RM258.00













Satu perkara buat suka makan di SDS ni, macammana rupa dalam menu, macam tulah rupanya yang akan sampai di meja kita
ReplyDeleteBetul kak seri.. what you see is what you get.. agitchhew
Deletemeriah betul menu buka puasa dia ek.nanti nak try la
ReplyDeleteJom kak... Sedap thai chilli seafood tuh.. pedass
Deletesedap-sedap semuanya kan kak!
ReplyDeleteSedap.... Side dish banyak. Puas makan
Deletefirst ramadhan tgk ni hahaha salah besar lol..terus perut berbunyi
ReplyDeleteHehe.. ya ampunnn
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteRamadhan kareem semoga ramadhan ini lebih bermanfaat dan lebih baik dari tahun2 sebelumnya
ReplyDeletenampak sedap la set hidangan tu. terbayang juga ni rasa nasi soto tu macamana. ada seakan nasi ayam tak?
ReplyDelete