SDS Memperkenal Menu Baru Sempena Ramadhan 2021

Hai semua,

Bersempena dengan bulan Ramadhan ni, S.D.S telah melancarkan menu baru yang telah diinovasikan oleh chef kafe ini. Bila seharian kita dah berpuasa, mestilah kita nak makan atau berbuka dengan sesuatu yang sedap dan enak. Mengambil peluang di bulan puasa ini, chef kafe ini telah mencipta 'Nasi Soto' sebagai menu barunya.

Macam yang kita tahu, soto ni selalunya kuah sup. Tapi kali ini, chef kafe ini menggunakan rempah soto dalam menghasilkan nasi soto. Untuk lauk pula, korang boleh pilih samada nak ayam berempah, prawn paste chicken chop, thai chili seafood atau rendang daging.

Menu ini didatangkan sekali dengan cili kicap, acar sayur, salad, telur rebus, papadom, kurma dan 3 biji karipap. Semuanya didalam 1 pinggan. Cukup lengkap dah hidangan untuk berbuka. Harga bermula dari RM19.90++ hingga RM 23.90++. Untuk air pula, korang boleh pilih susu kurma panas, ais soya bandung kurma atau ais susu kurma dengan boba dengan harga serendah RM4.90++ sahaja. kalau nak beli secara ala carte pula harganya adalah RM7.90++.

Nasi soto with prawn paste chicken chop

Nasi soto with thai chilli seafood

Nasi soto with ayam goreng berempah
Nasi soto with rendang daging

Menu istimewa ini hanya boleh didapati bermula 13 April sehingga 31 Mei 2021 sahaja. Ha, kalau agak-agak dah jemu makan lauk raya bolehlah makan dekat SDS pula. Nak dine-in boleh, tapau bungkus bawa balik pun boleh. Ikut keselesaan masing-masing ya. Macam Juju, Juju suka tapau dan makan dekat padang atau dataran yang open air. Fuh, syahdu weh. Berbuka puasa sambil menyaksikan langit senja.

Dan bersempena dengan Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi, SDS juga ada keluarkan hamper hari raya yang lengkap dengan biskut raya, Harga pula bermula dari RM30.80 hingga RM33.80. Antara biskut raya yang boleh korang dapatkan adalah:

  • Tart Nenas
  • Biskut coklat
  • Melting almond cookies
  • Biskut kacang
  • Almond and seed crisp




Kek lapis pun ada juga dijual tau. Harga pula bermula dari RM38.80 hingga RM75.80. Boleh didapati dalam 2 saiz. Antaranya perisa yang boleh korang pilih adalah:
  • Biasa
  • Prun
  • Pandan
  • Durian
Hamper raya tu ada banyak pilihan yang boleh korang pilih mengikut bajet masing-masing. Harga pula bermula dari RM58 hingga RM258 sahaja. Antara pakej hamper yang ditawarkan adalah:
  • Aidilfitri Gift Set RM58.00
  • Mesra Gift Box RM98.00
  • Ikhlas Hamper RM148.00
  • Syawal hamper RM194.00
  • Lebaran Hamper RM258.00



Penghantaran terus ke rumah juga disediakan untuk seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Singapura. Ha mana yang teringat dekat kawan-kawan atau saudara mara yang jauh nun di sana bolehlah kirimkan hamper raya ni. Ala-ala surprise delivery gitu.




Untuk tempahan hamper raya: 
Whatsapp: 012-7660586

Kasih Juju

Lifestyle blogger who shares about food review, travel experience, Islamic content, lyrics and anything related to lifestyle.

11 Comments

“More smiling, less worrying. More compassion, less judgement. More blessed, less stressed. More love, less hate.”
― Roy T. Bennett, The Light in the Heart

  1. Satu perkara buat suka makan di SDS ni, macammana rupa dalam menu, macam tulah rupanya yang akan sampai di meja kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak seri.. what you see is what you get.. agitchhew

      Delete
  2. meriah betul menu buka puasa dia ek.nanti nak try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kak... Sedap thai chilli seafood tuh.. pedass

      Delete
  3. first ramadhan tgk ni hahaha salah besar lol..terus perut berbunyi

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Ramadhan kareem semoga ramadhan ini lebih bermanfaat dan lebih baik dari tahun2 sebelumnya

    ReplyDelete
  6. nampak sedap la set hidangan tu. terbayang juga ni rasa nasi soto tu macamana. ada seakan nasi ayam tak?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Comments