Jom ke Adventure Waterpark Desaru Coast

Kasih Juju
Adventure Waterpark Desaru Coast

Jom ke Adventure Waterpark Desaru Coast

Dah alang-alang Juju cerita pasal hotel Amansari haritu, Juju cerita sekalilah pasal waterpark ya. Sangat berbaloi sebenarnya ambil bilik yang ada pakej sekali dengan waterpark tu. Jimat tau.

Masa menginap dekat sini, Juju pilih untuk mandi di waterpark pada petang selepas check in. So besok bolehlah rileks puas-puas.

Jom ke Adventure Waterpark Desaru Coast

Dari hotel cuma ambil masa dalam 10 minit untuk sampai ke waterpark. Dan Juju nak ingatkan korang, parking dekat sini guna touch n go tau. RM8.00 so korang kena pastikan baki cukup ya.

Ada 5 zon dekat sini. Juju cadangkan korang cuba semua dulu attraction yang ada dekat sini sebelum korang melekat dekat pantai. Macam Juju tersilap. Pegi terus dekat pantai. Bila dah basah terus tak nak pergi tempat lain. Lagipun masa tak cukup. Kikikiki, dan dan salahkn masa.

Jom ke Adventure Waterpark Desaru Coast

Tapi layan pantai dengan ombak ganas dia tu pun syok juga tau. Sebab tu Juju dan family boleh berendam dekat sini 3 jam. Syok layan ombak kuat. Dekat pantai ni dia dah sediakan pelampung untuk dewasa dan kanak-kanak. Tapi ikut siapa cepat dia dapat ya.

Tarikan lain yang ada dekat sini adalah:
Tidal Wave Beach
Kids Ahoy
Rip Tide
Kraken's Revenge
Surf Wall
Wild Whirl
Super Twister
The Tempest
Penawar Falls
Swinging Ship

Perkara yang perlu korang tau adalah tak boleh bawa makanan ya dekat dalam ni. Pelampung pun masa nak check in kena tinggalkan dekat kaunter. Tapi kalau bawa baby dia bagi je bawa masuk susu tu semua.

Ada juga sewaan tuala, cabana. Mana yang have-have tu boleh sewa cabana. Tak berebut nak tukar baju. Tapi untuk yang tak  berapa nak ada-ada macam Juju ni kenalah bersesak dalam changing room.

Tapi korang nak tau tak? Sebenarnya Juju bilas masa balik hotel. Bhahahaha... Ini rahsia tau. Jangan bagitau sesiapa okeh? Buhahahaha... 

Untuk maklumat lanjut:
Laman web - https://desarucoast.com/Pages/Play/Adventure-Waterpark
Waktu operasi - Buka jam 10am hingga 6pm, Khamis hingga Ahad, Malaysia School Holidays & Public Holidays
Alamat - Adventure Waterpark, Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor, Malaysia

No. Telefon - +607-878-3800, +607-878-3863
(Call Center: Mondays to Fridays from 9.00am - 5.30pm, except Public Holidays)
Online Ticket & Splash Pass Enquiries : customer.care@adventurewaterpark.com.my
General Enquiries : info@adventurewaterpark.com.my
Tags