Buka Puasa di Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru

Kasih Juju
Wah, nampaknya Juju cuti masak lagi kali ni. Haha. Sesekali bagi 'can' lah Juju nak rehat dari masak memasak ni kan. Sesekali berbuka di luar dengan family kecil Juju ni rasa meriah juga. 


So kalini Juju dan family berbuka di Selera Ibunda Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru. Masa sampai je dekat sini daj Yash dah tawaf nak tengok makanan apa yang dia nak makan untuk berbuka kejap lagi. Semangat orang puasa ni lain macam betul ya. Dia dah tak hirau dah kiri kanan. Juju cakap dekat dia Yash tak nampak ke ade swimming pool dekat belakang ni? Lepas tu dia macam ''Eh! Ada kolam ke dekat sini mama?'' Juju tunjuk depan mata baru dia percaya. Dan dan tu jugak ajak tidur hotel. Hehe, tak bestlah tidur hotel waktu bulan puasa ni Yash. Tak boleh mandi kolam. Nanti dah habis puasa kita tidur hotel ya.

Kalau korang nak tau, Juju pilih untuk berbuka dekat Tunamaya Desaru ni sebab tertarik dengan tema sajian dia tahun ni. Selera Ibunda diambil dari sempena dengan masakan yang dimasak oleh emak, ibu, bonda, mama yang selalu bertukar-tukar.

Okeh jom tengok hidangan yang ada dekat sini:

   

  

  

  

Antara hidangan yang ada dekat sini adalah:
  • Gulai Daging kawah
  • Daging goreng halia
  • Ayam gulai kampung
  • Udang Kari nyonya Kapitan
  • Asam pedas Tenggiri papan
  • Nasi kerabu
  • Mee rebus
  • Kambing bakar percik sos
  • Ayam goreng berempah
  • Nasi ambang
  • Kambing golek
  • Mee rebus
  • Penang Char Kuey Teow
  • Ayam Briyani
  • Nasi daging utara
Dekat bawah ni ruangan pencuci mulut dan juga ruangan pembuka selera. Murtabak dan roti canai tu sedap betul. Kuah kari dia pekat tau. Bukan jenis yang cair-cair tu. Bubur lambuk dan sup ada disediakan. Memang sedap dan menyelerakan. 

  

 

  

Dak yash macam biasalah, awal-awal lagi dah cakap nak makan kambing bakar. Dekat sini ada juga ayam turki bakar ya. Makan dengan nasi istimewa pada hari tu. Rasa nasi istimewa ni macam nasi ayam. Yang lainnya ayam tu bukan ayam biasa ya. Ayam turki tau. Lain sikit rasa dia.

Kambing dan ayam turki golek
 
Grandma's Special Rice 

Kemain lebar senyum dia dapat kambing golek. Siap repeat 2x

Untuk maklumat lanjut, boleh contact nombor yang Juju dah taip dekat bawah ni ya. 
𝐍𝐨𝐫𝐦𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐢𝐜𝐞:
RM88Nett (Adult) | RM58Nett (Child 6-12 years old)
𝗖𝗮𝗹𝗹/𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗔𝗽𝗽: 016 772 7352 (En Shahrul) or 014 272 6595 (En Iskandar)
Email: shahrul.hgjb@careluxuryhotels.com