Fenomena Masak Apa Tak Jadi Harini?

Kasih Juju
Hai semua,

Rasanya korang semua dah tau tentang kewujudan satu group di aplikasi Facebook yang semakin tular sekarang ni. Group Masak Apa Tak Jadi Harini menghimpunkan gambar-gambar dan video masakan yang tidak menjadi.
Masak Apa Tak Jadi Harini
Yelah, sebagai sorang yang baru nak berjinak-jinak dalam mempelajari sesuatu resepi baru, tak semestinya apa yang kita harapkan tu menjadi. Mesti kadang-kadang tak menjadi. Tapi disebabkan malu nak tunjuk dekat orang ramai, maka kita pun buat-buat macam tak da apa-apa yang berlaku. 

Apa yang bestnya dekat group ni, kita dilarang untuk mengecam atau mengeji makanan yang tak jadi tu. Dah nama pun masak apa tak jadi harini. Jadi janganlah kita mengharapkan sesuatu yang sempurna. Hehe. Tapi group ni berjaya membuatkan Juju terbahak-bahak depan telefon. Sampai naik meluat orang sebelah ni tengok Juju.

Okeh meh sini Juju kongsikan sedikit gambar-gambar yang ada dalam group ni.


Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar yang dikongsikan. Kalau korang nak tengok bolehlah ke Facebook Masak Apa Tak Jadi Harini di --> https://www.facebook.com/groups/940736506384223/

Amaran, sila jangan gelak kuat-kuat. Nanti kene pelangkung dengan jiran-jiran. Hehehehe...

(Sumber gambar: Facebook Masak Apa Tak Jadi Harini)