5 Restoran Hidangan Pizza yang Boleh Cuba di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya

Kasih Juju
Hai semua,
So harini Juju nak share dengan korang 5 senarai restoran yang menyajikan hidangan pizza dengan lambakan keju yang meleleh bila dicairkan dan sudah semestinya boleh membuatkan air liur korang meleleh. Hehe. 

Bila kita bercakap pasal pizza, mesti dah terbayang dekat kepala kerak tebal atau nipis dengan taburan sos tomato serta ayam, daging dan sayur dekat atas dia. Di tambah pula dengan keju yang meleleh bila dipanaskan. Fuh, memang menggoda selera betullah. Okeh! Bagi peminat pizza, meh sini Juju senaraikan 5 restoran yang boleh korang terjah terutamanya di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya .

1/ Mikey's Original New York Pizza @ Bangsar.
Mikey's Original

Selalunya restoran ini penuh dengan pelanggan, jadi korang pun kena 'mark' tempat ni tau. Terletak di Bangsar dan dimiliki oleh seorang chef yang begitu meminati pizza. Yang menariknya, pizza di restoran ini mempunyai saiz yang lebih besar daripada pizza biasa. Iaitu berukuran 18'. 

Mikey's Original Pizza

Satu perkara yang Juju perasan , korang boleh beli pizza by slice. Ha, maksudnya kita bolehlah rasa semua jenis pizza yang disajikan di sini. Keraknya pula rangup, nipis dan mudah dilipat. Korang boleh cuba Classic New York Pizza yang rangup dan nipis. Dipanggang sempurna dan menggunakan bahan terbaik seperti minyak zaitun, sos tomato, keju Grana Padano yang diparut dan keju mozzarella. Setiap gigitan akan membuatkan korang ketagih dan nak lagi dan lagi. Eh, macam tak cukup je kalau makan sekeping.

Kalau korang merancang untuk ke sini, Juju nak pesan awal-awal nih! Tinggalkan je diet korang dekat rumah. Sebabnya korang kena cuba menu istimewa restoran ini iaitu Boneless Buffalo Wings dan Waffle Fries!

2/ Uno's Pizza @ TTDI
Uno's TTDI

Restoran ini juga menyajikan pizza dengan kerak nipis. Juju boleh jamin korang takkan makan sekeping je pizza dekat sini. Mesti korang akan ambil lebih dari satu. Hah! Confident level tinggi sangat ni. 

Uno's Pizza

Restoran ini terletak di Taman Tun Dr. Ismail, sebuah restoran makanan Itali yang sangat selesa ini menyajikan pizza dan pasta yang sangat enak. Pelbagai jenis pizza yang boleh korang pilih. Kerak lembut dan rangup, keju yang beraroma, cendawan yang segar dan juga ikan bilis. Portion pizza pun tak kedekut tau.

Kalau korang nak ke restoran ni, jangan lupa untuk order menu signature diorang iaitu Tiramisu dan tidak dilupakan, sudah semestinya pasta. Yummy..

3/ Fahrenheit 600 @ Solaris Dutamas
Fahrenheit 600

Setelah dua restoran yang Juju pilih untuk kerak nipis, kali ni kita beralih dekat kerak yang biasa pulak. Okeh jom tengok apa yang ada dekat restoran ni? Sedikit berbeza daripada pizza kerak nipis, restoran ini menyajikan crust yang lebih tebal. 

Fahrenheit 600 Pizza

Diadun dengan menggunakan tangan, Henry The Duck seharusnya menjadi pilihan yang tepat bagi mengisi kekosongan perut korang. Pizza yang dihiasi dengan kepingan itik salai, buah avokado, kepingan buah oren dan juga tomato ceri pasti menjanjikan bau yang harum dan enak. Sudah semestinya jadi pilihan Juju.

4/ The Gastro Project @ SS17 PJ
The Gastro Project

Yup, terkenal dengan TGP Pizzanya, pizza yang paling menjadi igauan dari The Gastro Project. Untuk korang yang berani mencuba sesuatu yang baru, apa kata korang cuba pizza di restoran ini. Pizza gabungan baru yang diberi nama The Indian ini menggabungkan sos peratal ayam pedas, raita timun dan paneer.

The Gastro Project Pizza

Hah! Memang lain daripada yang lain kan. Tapi percayalah, memang korang akan cari pizza ni bila ke restoran ini. Unik, enak dan keraknya yang tebal dan rangup. Wajib cuba. Okeh!

5/ Capricciosa
Capricciosa

Nama restoran ini mungkin terdengar seperti bahasa Itali, tetapi korang mesti tak tahu yang Chefnya berasal dari Jepun. Demi mengejar impian dan minatnya, Chef ini sanggup ke Itali semata-mata mahu menguasai kemahiran masakan Itali di sana.

Jika korang ke restoran ini, korang wajib untuk order salah satu pizza terbaik di sini iaitu Quattro Formagi yang membawa maksud empat jenis keju digunakan dalam pizza yang dihasilkan iaitu Gouda, krim keju, parmesan dan mozzarella.

Capricciosa's Pizza

Dengan menghasilkan pizza yang mempunyai kerak rangup, lembut dan gebu, rasa dan aroma yang luar biasa dari keju-keju tu memang sangat membangkitkan selera. Fuh, satu lagi restoran yang korang masukkan dalam senarai untuk korang terjah nanti ya.

Dalam situasi di mana negara kita sedang dalam keadaan berjaga-jaga kerana virus jahat, pastinya ada antara kita yang masih ragu-ragu untuk keluar ke restoran-restoran ni kan. Betul ke kedai ni sanitasi kedai dia? Dia buka kedai ni ikut SOP tak? Kalau kita keluar nanti korang pasti ke orang yang dekat keliling kita tu sihat?

Ish, macam-macam dalam fikiran Juju ni. Jadi takut pula nak bawa keluarga makan di luar. Maklumlah, Juju ada anak kecil. Walaupun tak banyak kes yang melibatkan kanak-kanak, tapi Juju tetap rasa tak selamat. Jadi, bagi menyelesaikan masalah Juju ni, Juju boleh guna pizza delivery dari Food Panda. Mudah. Tak payah bersesak dan risaukan virus-virus jahat dekat luar tu.

foodpanda

Okeh, jangan lupa jaga kebersihan dan jaga kesihatan ya semua.
Tags