Buffet Ramadhan 2023 Restoran Zaituna Johor Bahru

Kasih Juju
Buffet Ramadhan 2023 Restoran Zaituna Johor Bahru

Bulan puasa nanti sesekali mesti kita ada rasa macam nak berbuka dengan menu yang lain daripada yang selalu kita makan kan. So apa kata sesekali ni kita tukar ke menu negara timur tengah. Ha, jomlah kita ber buffet Ramadhan dekat Restoran Zaituna, Johor Bahru.

Sama seperti tahun lepas, tahun ini juga diorang ada buka dekat Persada Johor. Lebih luas dan lebih selesa. Boleh memuatkan sehingga 1000 orang dalam satu masa. Surau pun ada disediakan kat sini. Tapi, kalau korang nak makan dekat restoran dia pun boleh juga. Cuma make sure korang buat tempahan dulu sebelum datang. Risau tak dapat duduk je nanti.


Dah nama pun kedai arab kan, menu nasi Arab mestilah jadi menu yang wajib ada dekat sini. Ada pelbagai menu nasi Arab yang boleh korang cuba. Kabsah, mandi dan maklubah ni semua wajib untuk korang cuba tau. Masing-masing datang dengan ayam dan kambing. Kambing dia tu lembut betul. Sedap berempah semuanya.

Buffet Ramadhan 2023 Restoran Zaituna Johor Bahru Buffet Ramadhan 2023 Restoran Zaituna Johor Bahru

Untuk menu pembuka selera pula, korang wajib cuba pelbagai jenis hummus dekat sini. Hummus ni unik sikit rasa dia. Ada yang masam, ada yang pedas. Makan dengan roti Arab tu memang serasi betul. Falafel pun ada. Kebanyakan menu pembuka selera ni dia guna kacang kuda dan terung. 

Untuk grill dan barbeque pula, korang memang kena cuba shawarma dekat sini. Shawarma dia melambak-lambak daging atau ayam diorang bagi. Tinggal korang jelah makan habis ke tak. Hehe, Juju sendiri makan tak habis. Portion dia memang besar. Dan korang kena cuba semua jenis menu panggang dan bakar kat sini.

Buffet Ramadhan 2023 Restoran Zaituna Johor Bahru Buffet Ramadhan 2023 Restoran Zaituna Johor Bahru

Kalau cerita bab manisan-manisan baklava tu jangan cakaplah. Free flow weh. Tapi korang janganlah tamak. Amik yang nak makan je tau. Dan kegemaran rakyat Malaysia abad ini, kunafa pun ada. Alahai, tak sabarnya Juju nak bawa keluarga kecil Juju berbuka dekat sini.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan:
🌙 💫 Zaituna Restaurant Buffet Ramadhan 💫 🌙 
🚩JOHOR INTERNATIONAL CONVECTION CENTER , PERSADA JOHOR
Buffet Ramadhan 2023 Restoran Zaituna Johor Bahru

📱 https://go.wa.link/zaitunajb
📱http://wa.link/zaituna
☎️ 07 213 3577

Harga
RM 79 / Dewasa
RM  39 / Kanak-kanak (6-12 Tahun)

⭐️ SPECIAL DISCOUNTS FOR GROUPS and CORPORATE BOOKINGS ⭐️ 

🗓 25 Mar – 21 Apr 2023
⏰ 6.00pm – 9.00pm

**Ruang solat disediakan

Buffet Ramadhan 2023 Restoran Zaituna Johor Bahru
Tags