Kasih Juju: June 2014

June 30, 2014

Ketuk-Ketuk Aidifitri



Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;




Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.


**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**



Ketuk-Ketuk Aidilfitri Giveaways

Assalamualaikum semua.

Hari first bekerja di bulan puasa, ternampak pula entri GA kuih raya ni. Membuak-buak semangat nak join. Hehe.. Jom join sama-sama ye kengkawan. Klik je dekat banner tu.

Terima kasih sudi singgah :)
Wassalam.

June 27, 2014

Masa Berpuasa Seluruh Dunia

Klik gambar untuk lebih jelas.
Source : Harian Metro 26/06/2014
Terjumpa artikel ni dekat paper semalam. Tertarik pula nak kongsi dengan korang semua.

Cuba korang tengok artikel tu. Ada yang masa berpuasanya panjang, sampai 21 jam. Lama betul waktu siangnya. Eh, berapa jam pulak diorang tidur ye. Takkan 3 jam jek. Hmm nak kene wat research ni.

Ada jugak yang berpuasa 8.5 jam jek. Wah, kita kerja sehari pun 9 jam. Malam lebih panjang dari waktu siang. Teringat pulak cerita vampire kat wayang tu. Apa ntah tajuknya. Tapi yang SukaGelak ingat dalam cerita tu takda hari siang langsung. Penyudahnya semua penduduk dekat situ jadik vampire. Hohoho.. Kadang-kadang mat salleh ni buat cerita yang tak boleh terima dek akal. Lepas tu kita ni pun pergi tengok jugak. Hehehe...

Apa-apa pun SukaGelak nak ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam yang berpuasa. Yang tak puasa tak mo ucap selamat. Hehehe... Gurau je. Semoga bulan Ramadhan tahun ini membawa perubahan positif dalam diri kita semua (^.^)v

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

June 26, 2014

One Touch Glucose Meter Lelong Bermasalah?

Assalamualaikum semua, selamat pagi Khamis.

Okeh, sape perasan encik Nuffnang dah bertukar wajah? Ha.. Cuba korang pegi cek cepat.
Nampak lebih senang nak akses terus ke akaun kan.

Yang menarik perhatian SukaGelak harini dekat keywords untuk minggu ini. 
Err, korang punye glukometer ade problem ke? Yang SukaGelak beli ni Alhamdulillah tak de masalah pun. 

Dah masuk bulan ke-8 kehamilan ni glukometer yang SukaGelak beli masih lagi berfungsi dengan baik. Tak de pulak masalah dekat skrin ke test strip ke ape. SukaGelak cuma guna sebulan sekali je. Untuk tau bacaan gula dalam darah. 

Cara penyimpanan pun cuma letak je atas meja solek dekat rumah tu. Tapi masa dapat glukometer tu bateri memang dah tinggal sikit. Masih boleh guna lagi sampai sekarang.

Korang beli dekat mane ek? Ada lelong dekat tempat lain ke? SukaGelak beli dekat website lelong.com.my
Entry glukometer dekat SINI.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

June 25, 2014

Wordless Wednesday


Sumber gambar : Harian Metro 25/06/2014
Terima kasih sudi singgah :)
Wassalam.

June 24, 2014

Blogspot demam eh?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ntah kenapalah harini SukaGelak rasa mengantuk sesangat. Rasanya tak makan nasik lemak pun harini, apetah lagi makan ubat selsema. Mata macam dah kena gam. Adoi... Tolong tolong..

Nak berblogwalk pulak dashboard ntah macam ape ntah. SukaGelak confirm korang pun sama jugakkan. Tak dapat nak klik 'view more'.
Blog dashboard
Layankan jela. Harap-harap tak berpanjanganlah masalah ni. Tak puas hati tak dapat baca blog kawan-kawan yang lain. Baca yang kat bloglist je. Huhuhu.. 

Terima kasih sudi baca.
Wassalam :)

June 19, 2014

Tips CPUV Nuffnang

Assalamualaikum semua, selamat pagi.

Harini nak share sikit dengan korang pasal CPUV Nuffnang. Cube korang tengok gambar kat bawah ni.
Encik Nuffnang
Okeh, seriously tak pernah dapat 4 kempen berturut-turut macam ni. Selalunya nak dapat sebulan sekali pun susah. Kali ni macam senang pula melekat. 

Mungkin sebab SukaGelak baru update blog profile dengan letak survey 2.0 kot. Ada terbaca jugak tips yang blogger-blogger lain share. Antara tips diorang :
1/ Update profile
2/ Update blog poll / survey
3/ Hantar tiket ( yang ni SukaGelak dah lama tak buat )

Korang pun boleh cuba jugak. Mana tau melekat pula nanti. Jangan lupa share sikit dengan SukaGelak yek (^.^)v

Apa-apa pun terima kasih dekat pengunjung blog SukaGelak yang tak jemu bertandang :)
Terima kasih sudi baca. 
Salam ukhwah.
Wassalam.

June 18, 2014

Lirik Lagu All Of Me - John Legend

All Of Me - John Legend
John Legend by Sachyn Mital.jpg
What would I do without your smart mouth?
Drawing me in, and you kicking me out
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down

What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright

My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you

You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh

How many times do I have to tell you
Even when you're crying you're beautiful too
The world is beating you down, I'm around through every mood

You're my downfall, you're my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you

My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you

You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh

Give me all of you
Cards on the table, we're both showing hearts
Risking it all, though it's hard

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you

You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you

I give you all of me
And you give me all of you, oh

June 11, 2014

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil.

Assalamualaikum semua.

Dalam sedar tak sedar, cuma tinggal tak sampai lagi 3 minggu je kita akan menghampiri ke 1 Ramadhan. Macam sekejap je rasanya kan. Macam dah tak sabar nak rasa hening malam masa nak ke surau atau masjid untuk berterawih. Tenang je rasa jiwa.

Puasa SukaGelak tahun ni tak sama macam puasa tahun lepas. Sebab sekarang ni SukaGelak tengah sarat mengandung. Bulan puasa nanti kandungan SukaGelak berusia 8 bulan ++. Ntah macam mana lah rupanya nanti. Harap-harap SukaGelak dapat puasa penuh tahun ni. InsyaAllah.
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Bagi memenuhi rukun Islam yang ke empat ni, SukaGelak dengan gigihnya melayari ke sana ke sini di alam maya ni mencari tips untuk kekal cergas masa berpuasa nanti.

Dan inilah hasilnya.
Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelitsakit kepalaketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. 

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:

  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • susu atau yogurt rendah lemak;
  • sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
  • dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda. 

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau korang nak tau, otai blog ade buat segmen. Kalau korang nak join boleh klik sini :
HASRULHASSAN™ Alkisah Seorang Blogger Malaysia

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

June 10, 2014

Beg Tangan Tak Cepat Rosak

*Entri ini di petik dari suratkhabar Harian Metro bertarikh 09/06/2014

Kebanyakan kita hanya tahu membeli, tetapi malas ambil tahu tips penjagaan sama ada baju atau apa sahaja barangan sendiri. Untuk si gadis dan jejaka yang suka kumpul beg tangan, tips ini sesuai untuk anda.

Agar beg atau tas tangan kesayangan tidak mudah rosak, ikuti aturan berikut :
*Pinjam gambar henbeg dekat zalora.com.my
  • Simpan beg dalam kain jenis 'flannel' atau plastik dan masukkan dalam ruangan yang kering dan tidak lembap.
  • Jangan lupa isi bahagian dalamnya dengan kertas pengisi agar bentuk beg tangan tidak berubah. Anda boleh menggunakan kertas suratkhabar terpakai atau plastik bungkusan yang terpakai.
  • Masukkan satu pek kecil silica gel ke dalam beg untuk menjaga kelembapannya.
  • Keluarkan beg secara berkala, misalnya seminggu sekali dan anginkannya supaya tidak berkulat atau berhabuk.
  • Jauhkan dari sinaran langsung cahaya matahari ataupun cahaya lampu agar warnanya tidak cepat pudar.

June 9, 2014

Segmen Saya Mahu Doodle Dayang Deno

klik banner untuk penyertaan

**Perhatian
  • 30 Pemenang dicari
  • Setiap pemenang akan mendapat sepasang doodle *seperti yang terdapat pada gambar
  • Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 


Tamat : 11.59malam @15 Jun 2014

June 4, 2014

CPUV Nuffnang - DKSH Tiger Balm Mosquito June 2014


Terima kasih encik Nuffnang. Sudi bagi BE lagi. Baru ada 2 je yang tengah berlangsung sekarang.
Terima kasih juga pada yang sudi singgah menjengah ke blog ni. Kehadiran anda amat SukaGelak alu-alukan.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

June 2, 2014

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign